Friday, May 20, 2011

jangan dikenang kisah lalu




hari ini kita buka lembar baru
kehidupan baru
perkara yang berlaku kemarin,kemarin dan kemarin
yang tidak baik kita lupakan
yang mendukakan kita tutup tirainya

hari ini kita mulakan semuanya seperti hari baru
hari ini kita mulakan dengan azam baik
lalui hari ini dengan bertunjangkan allah yang maha esa

percayalah jangan dikenang kisah lalu
semua itu pasti mendukakan dan meresahkan
jika tidak pasti hidup penuh tanda tanya
dengan permulaan yang kita cetuskan hari ini
tetapi tidak mempunyai penamat

percayalah saudaraku,mulakan hari ini dengan azam dan semangat baru 
kisah duka yang berlaku jangan dikenang,kelak akan mendatangkan duka buat kita 
hidup ini pasti penuh kegelisahan, belajarlah memaafkan dengan ikhlas....

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Friday, May 6, 2011

tidakkan berulang lagi

tidak akan berulang lagi
kemarin merupakan hari paling bersejarah
aku telah melakukan kesalahan
lalu keputusan dibuat
aku bertemu dengan orang tersebut lalu meminta maaf

dia kelihatan tenang
tetapi masihku ragui maaf yang di terima
dia memaafkan lalu berkunjung pergi

aku takut jika dia tidak memaafkan
aku takut menggung dosa
dari kemarin hatiku sentiasa gundah
resah gelisah tidak menentu

ya allah seandainya dia telah memaafkanku
kau tenangkanlah hatiku
seandainya sebaliknya
bantulah hamba,kau bukakanlah pintu hatinya
untuk memaafkan hamba..

ya allah aku pasrah pada ujian mu ini.......

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, May 1, 2011

senyuman manismu

manis sungguh senyumanmu
ia bisa mencairkan ramai insan
senyuman yang kau berikan
senyuman termanis pernahku lihat

setiap perkerjaan yang kau lakukan 
kau susulinya dengan senyuman
budi pekertimu menjadi pujian
insan-insan yang dekat denganmu
pasti sentiasa gembira

berpandukan benteng iman yang kukuh
senyuman yang kau berikan sentiasa indah
disusuli dengan budi pekerti mu cantik

dalam banyak masalah yang kau hadapi 
kau tetap dengan senyuman manismu 
senyuman termanis senyuman terikhlasmu 
senyuman manismu sentiasa menjadi idaman
ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

perpisahan..kita



Wahai teman,
Setiap kali aku bertemu denganmu
Aku terfikir suatu hari nanti semua ini pasti punya kesudahan
Disebalik kenakalan ku aku jua punya kesedihan

Wahai teman,
Semakin hari semakin resah gelisahku rasa
Kerana disebalik semua kegembiraan kita ,
pasti punya pengakhiran  

hari demi hari berlalu
bulan demi bulan
hari itu semakin berkunjung tiba

namun kukuatkan diriku
aku isi kegelisahan ini dengan kesabaran
aku isi kegundahan hati ini dengan mengatakan
“disebalik semua ini pasti punya hikmah”

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif