Thursday, July 7, 2011

sayang awak






 
saya sayang awak..tapi....

bukan sebab suara lunak awak...seandainya suatu hari nanti ditakdirkan awak tidak dapat berkata-kata,saya tidak akan sayang awak lagi.. 


bukan sebab kulit awak yang putih dan bersih...seandainya suatu hari nanti ditakdirkan kulit awak berubah,sayang itu tiada lagi... 

bukan sebab awak handsome/cantik..seandainya suatu hari nanti ditakdirkan sesuatu berlaku hingga mengubah paras rupa awak..saya nak sayang apa lagi? 


bukan sebab senyuman manis awak...seandainya suatu hari nanti ditakdirkan awak tidak lagi dapat memberikan senyuman itu...diamana saya nak letak kasih sayang itu? 


namun, 

saya sayang awak sebab awak juga sayang allah...awak lakukan perintahnya,
khusyuk dalam membuat ibadah , menolong yang memerlukan , tidak membuat perkara yang terlarang dan lain lain..


sebab itu saya sayang sangat dekat awak.. awak letakkan allah dan pesuruhnya didalam hati awak.. awak berikan kasih sayang awak untuk allah...tidak sekali-kali awak serahkan kasih sayang awak untuk orang yang bukan muhrimmu..wahai saudara/saudari awaklah yang terbaik dimata semua...subhanallah 


(jangan nilai orang berdasarkan luaran,nilainya berdasarkan dalaman)


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Tuesday, July 5, 2011

BUAT ADAM YANG MENCARI CINTA HAWA


BUAT ADAM YG MENCARI CINTA HAWA:jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.lihatlah pada telapak tangannya.andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik,fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yg boleh kita kahwini......jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.lihatlah pada sebujur bibirnya.andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya,fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami dan menabur buruk diri si suami.....jangan dilihat pada cantik wajahnya semata-mata.lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.andai tidak redup menunduk pandangan.fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.khuatir bila sudah bersuami matanya terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yg bukan bernama suami....

UNTUK HAWA,Andai mahu menerima cinta Adam..
jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.lihatlah pada aktiviti malamnya.andai liar hidupnya tika malam menjelma,fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.kerana maksiat lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah...jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.lihatlah pada bahagian kakinya.andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri....jangan dilihat pada tampan paras semat-mata.lihatlah pada mulutnya ketika berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah,fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..... 
(sumber drpd I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW...facebook)




ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, July 4, 2011

muhasabah diri






"♥ ♥.. ALLAH didn't promise that life would be easy, but HE did promise to go with you. Every step of your life with him by your side. So whatever you do, put your trust in ALLAH.. ♥ ♥"

25 soalan untuk tanya diri…

Taktala hendak melelapkan mata di malam hari,tanyalah diri:
1. Pernahkah kita rasa indah dapat bersendiri di tempat yang sunyi kerana mengingati Allah dan menumpuhkan perhatian sepenuh kepada –Nya?

2. Pernah kah kita menghitung dosa-dosa lahir dan batin sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita nanti jadi bahan bakar di api neraka?

3. Selalu kah kita sentiasa ingat pada mati yang boleh mendatangi kita sebentar lagi kerana memang boleh Allah berbuat begitu,Cuma kalau tidak dimatikan itu kerana Allah mahu kita berusaha lagi untuk mencari jalan untuk mendekatkan diri lagi pada-Nya?

4. Pernah kah kita menghitung berapa banyak harta, duit, kereta dan sebagainya yang kita simpan lebih daripada keperluan kita?sedangkan perkara itu walaupun halal,tetap akan ditanya dan di hisab oleh Allah di akhirat kelak.

5. Pernah kita menungkan orang-orang yang kita kasari,umpati,tipu,fitnah,hinakan dan aniaya? Apakah kita telah minta maaf kepada mereka yang terlibat itu?

6. Ketika bersembahyang,apakah kita khyusuk,tawadhuk,rasa hina diri sepanjang ibadah sepanjang ibadah itu?atau hati kita waktu itu menerawang kemerata-rata tempat dengan membelakangkan Allah yang sedang disembah itu?

7. Kalau ada orang sakit,ditimpah kesusahan,menderita kemiskinan,adakah hati rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong doakan agar dia akan selamat?

8. Apabila Allah merasakan sakit kepada kita atau kepada orang yang kita kasihi,dapatkah kita tenangkan hati kita dengan rasa sabar dan sedar bahawa sakit itu adalah kifarah dosa kita?

9. Ketika menerima takdir atau rezeki yang tidak sesuai dengan kehendak kita,dapatkah kita redha dan merasakan bahawa ia sebagai satu pemberian Allah yang patut kepada kita?

10. Diwaktu apa-apa yang kita inginkan dan cita-citakan tidak kita perolehi,dapatkah kita tenangkan perasaan kita dengan rasa insaf akan kelemahan dan kekurangan kita sebagai hamba Allah yang hina dina yang menggantungkan hidup mati dan rasa takut sepenuhnya kepada Allah?

11. Di waktu mendapat nikmat,terasakah dihati ianya pemberian Allah lalu timbul rasa terima kasih(syukur) pada Allah S.W.T dan rasa takut kalau-kalau ia tidak digunakan kerana Allah?

12. Kalau kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan dan berlapang dada dan tidak mahu mengadu-ngadu dan meminta kepada manusia kecuali kepada Allah?

13. Kalau ada orang yang mencerca kita bolehkah kita merasa senang dan tenang lalu kita diamkan sahaja(tanpa sakit hati dan dendam)bahkan memaafkannya sambil mendoakan kebaikkan untuknya.

14. Kalau ada yang menipu,menganiaya dan mencuri harta kita,mampukah kita relakannya atas dasar kita mendapat pahala sabar kerana menanggung kerugian itu?

15. Diwaktu kita bersalah dengan seseorang,datangkah rasa takutkan kemurkaan Allah pada kita dan sanggupkah kita minta maaf sambil mengaku kesalahan kita?

16. Selepas kita melakukan usaha dan ikhtiar atas kerja-kerja kita adakah dapat kita lupakan usaha kita kerana menyerahkan pada Allah atau kita rasa besar dan terpaut dengan usaha kita itu sehingga kita rasa senang dan tenang dengan usaha kita?

17. Kalau orang lain dapat kesenangan dan kejayaan dapatkah kita rasa gembira dan turut bersyukur dan harapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa hasrat dengki dan sakit hati?

18. Setiap kali orang bersalah,kita rasa kasihan kita kepadanya,disamping ingin membetulkannya tanpa menghina dan mengumpatnya?

19. Kalau ada orang memuji kita,adakah kita rasa susah hati sebab itu boleh merosakkan amalan kita dan dapatkah kita bendung hati dari rasa bangga dan sombong,kemudian mengembalikan pujian kepada Allah yang patut menerima pujian dan yang mengurniakan kemuliaan itu?

20. Bolehkah kita menunjukkan rasa sayang dan ramah mesra dengan semua orang sekalipun orang bahawahan kita?

21. Selamatkah kita dari prasangka dan jahat sangka pada orang lain?

22. Kalau diturunkan pangkat dan jawatan atau kekayaan kita hilang,selamatkah hati kita dari rasa kecewa dan putus asa?

23. Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang lain diwaktu orang itu memerlukan apa juga kita perlukan?

24. Apakah kita sentiasa puas merasa cukup dengan apa yang kita tidak ada?

25. Apakah hati kita sentiasa bimbang dengan amalan yang kita lakukan dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya?

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

jenis zina














ADAPUN JENIS ZINA YANG DI LAKUKAN OLEH PANCAINDRA + HATI

ZINA HATI

Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

ZINA MATA
Jika mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat aurat orang lain .

ZINA TELINGA
Jika telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .

ZINA HIDUNG
Jika hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah. contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .

ZINA MULUT
Jika mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang/berkata-kata perkara yang tidak baik

ZINA TANGAN
Jika tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

ZINA KAKI
Jika digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “

♥ ♥ RENUNGAN BERSAMA SEMOGA BERMANFAAT SELAMAT BERAMAL WASSALAM ♥ ♥


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

kata-kata motivasi

*Mencari seorg teman bagaikan mncari benih pokok didalam semak berduri.....Bersedialah utk dilukai,jangan mngalah untuk terus mncari...Andai sush kau temui..Sayangilah dia sepenuh hati... 
  
*Sentiasa ON9 Dengan TUHAN..•.♥•Berusahalah Untuk OFF9 Dengan SYAITAN..•.♥•Bersungguh2 Untuk DOWNLOAD ilmu Pengetahuan..•.♥•UPLOAD Amal Kebajikan..•.♥•RESTART Diri Dengan Memohon Keampunan.•.♥•SHUTDOWN Hayat Mu Dengan KEIMANAN..  

*Belajarlah BERSYUKUR meski KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS meski TAK RELA
Belajarlah TAAT meski BERAT
Belajarlah MEMAHAMI meski TAK SEHATI
Belajarlah SETIA meski BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI meski TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI meski kau DISAKITI
Belajarlah TENANG meski kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA meskipun SUSAH 
Yakni percaya bahwa Allah SWT sentiasa sanggup menolongmu  

*Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak..   

*Apabila masalah itu besar, KECIKANLAH
Apabila masalah itu kecil, anggaplah TIDAK ADA masalah
Sekiranya tidak ada masalah, jangan CARI-CARI masalah 
ekiranya sudah terkena masalah, jangan pernah LARI dari masalah 
*A : weh kau tahu x boyfriend aku call 3x shari,love of my life (sambil bt muka)
B : oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)
A : Bestnya,byk credit lover kau?
B : x lah ni connection wire-less
A : (muka x puas hati) hmm..pukul berapa dia call?
B : SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul
2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada. hah ni number dya 24434 ^_6










ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

bila seorang bayi dilahirkan



Malaikatmu.. …tersentuh hati…..(bacalah. …ambillah masa walaupun 1 minit)]

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia…

Dia bertanya kepada Tuhan : ‘ Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia,
tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?’

Dan Tuhan menjawab: ‘Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .’

Bayi bertanya lagi: ‘Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.’

‘Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia’

‘Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?’

‘Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.’

‘Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?’

‘Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa’

‘Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

‘Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya’

‘Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi’

‘Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu’

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

‘Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?’

‘Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ‘ IBU ‘

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa….. Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat….

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar…sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.’


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, July 3, 2011

MENGAPA KITA SIBUK BERMAIN HATI?

jgnlh kerana sifat kasihan, kita mudah menerima cinta seseorng,
tetapkanlah hatimu, jangan mudah hanyut dan terleka.....oleh tipu dya syaitan 


satu teguran buat diri sendiri..

Mengapa kita SIBUK bermain dengan hati dan perasaan cinta?

Hati dan Perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan , ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
sampaikan satu tahap kita akan terjebak dalam bercouple.

saya menasihatkan diri, lupakan cinta dan perasaan ingin mempunyai pasangan. jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. ia tidak akan membawa kemana-mana. perjalanan terbentang jauh.

Jodoh?
Masih tak yakin dengan janji Allah.
ingatlah sahabat kepada qada' dan qadar ALLAH..qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang dahulu sejak azali. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.

Lihatlah..
anda punyai misi untuk islam. mengapa lembik dan cair kepada perasaan dan cinta. ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

ia bukanlah satu perkara yang main-main. kita ingat ia hanya perkara keseronokan? untuk merealisasikan mimpi indah? tidak. ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT satu ketika nanti. adakah kita laksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa pertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Penutup : Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan. dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNYA.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKU? Hari ini KUnaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU.."
Wallahualam..

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif