Wednesday, August 24, 2011

iktibar

sesuatu yang kita ingini tidak selalunya berada pada genggaman kita...kerana ada masanya ia berada jauh dari diri kita...
kita selalunya tersenyum jika kita mendapat apa yang kita mahu...setelah puas memohon kepada yang maha berkuasa...namun ketika kita memperolehi kegembiraan itu ingatkah kita akan yang maha esa...
jika mungkin hari ini hari terpahit buat kita...jadikan ia manis kerana kepahitan itu diberikan oleh allah untuk kita menilai hikmah dari hari itu..
jika berlaku sesuatu yang tidak diingini didalam hidup kita...jangan cepat jadikan ia memori terburuk dalam lembar kehidupan kita...sebaliknya ambillah iktibar dari situ..
jika hari ini sesuatu perkara yang besar telah berlaku keatas diri kita....ingatlah perkara itu terjadi atas kesilapan diri yang serba kekurangan ini...dan pada waktu itu allah sedang menguji hambanya..
ingatlah manusia tidak sempurna sepenuhnya....dan mempunyai banyak kekurangan....
dari kekurangan itulah kita belajar erti sebenar kita hidup di bumi allah ini...
ambillah iktibar dari perkara yang pernah berlaku dalam diri kita......


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif