Wednesday, September 28, 2011

siapakah kita sebenarnya

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab..
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, September 19, 2011

percaya atau tidak

percaya atau tidak.....

kalau ingin mengambil contoh sahabt terbaik & sejati..lihatlah pada sahabat-sahabat nabi muhammad

kalau tidak percaya perkahwinan tanpa perlu bercinta itu kekal....lihatlah pada isteri-isteri nabi muhammad

kalau rasa anda masih kanak-kanak dan tidak perlu solat kerana tiidak wajib lagi....lihatlah pada cucu nabi muhammad hassan dan hussin

jika tidak yakin bagaimana seorang pemimpin memimpin......ambillah contoh daripada nabi muhammad

mencari contoh budi pekerti seorang insan yang baik....lihat sahaja daripada sunnah-sunnah nabi muhammad

jika tidak kuat keyakinan tentang erti kecintaan yang sebenar...lihatlah pada perjuangan pada mujahidin islam      

kalau mahu merasa betapa pentingnya erti kebebasan ...lihatlah pada kesengsaraan para pejuang islam...

kalau merasa ALLAH itu tidak adil....lihatlah para pencinta islam yang kini dijanjikan kemanisan islam.... 

 kalau anda tidak percaya anda boleh melaksanakan salah satu daripada semua ini....berdoa lah kepada ALLAH dan dekatkan diri kepadanya...

insyaallah jom sama-sama kita renung dan amalkan...




ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif