Friday, December 23, 2011

manusia?sentiasa aneh


Anehkan...
Kita tahu kita ada banyak dosa..
tapi kita tidak rasa berdosa..
sebab itulah kita kurang beristighfar..

Enehkan..
Kita tahu kita akan mati..
tapi kita sentiasa merasakan kita lambat lagi nak mati..
sebab itulah kita masih lagi bertangguh untuk bertaubat..

Anehkan..
Kita tahu dunia ini sementara..
tapi kita sentiasa merasakan dunia ini segalanya
sebab itulah kita lupa mengumpul bekal untuk akhirat..

Anehkan..
Kita mengaku menjadi hambaNya..
tapi kita tidak menuruti perintahNya
sebab itulah kita sombong dan menolak hukumNya..

Anehkan..
Kita kita juga mengaku sebagai umat Muhammad SAW..
tapi kita tidak mengamal sunnahnya..
kita harap syafaat Baginda..
tapi kita kurang berselawat keatas Rasul Junjungan kita..

Anehkan..
Kita mengharapkan syurga Allah..
tapi amal perbuatan kita lebih menuju ke neraka..
Nauzubillah..



sama-samalah kita memperbaiki kekurangan yang ada..
izza pun hanya manusia biasa yang tidak mempunyai kesempurnaan

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

SPAM LINK!!

salam,

sebenarnya izza pun tak tahu apa sebenarnya SPAM LINK tu..tapi baru2 ni izza ada join sebuah group kat facebook description group tu ada menerangkan apa itu SPAM LINK.. jadi untuk panduan semua izza kongsikan lah..
jom baca..|
               \/
SPAM LINK bermaksud anda meletakkan link berwarna biru. Apa yang menyebabkan kita tidak boleh SPAM LINK. Jika kita letak link berwarna biru, google akan detect link kita. Jadi jika kita banyak kali letak link berwarna biru google akan detect yang itu adalah SPAM LINK sebab itulah berlakunya kita tidak boleh post lagi dekat sesuatu group dan yang paling menakutkan, blog kita akan didelete tanpa diberitahu terlebih dahulu dari pihak BLOGSPOT. Terima kasih :)

Jadi kalau kita nak letak link letak lah tanpa kaler biru. Sebagai contoh izzaniapeace.blogspot.com/( Tidak berkaler biru )www.google.com.my/ ( Ade kaler biru ). Makanya jika nak letak buang lah WWW atau HTTP:// 



hah sebab itu jangan lah hairan ya kalau kat mana-mana kat facebook izza tak letak link blog izza warna biru..
^__^ 


p/s group tu nama diari sahabat blogger


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, December 22, 2011

tahniah abg2 n kakak2 PMR!!!

wah saya pun ikut teruja bila tengok kat tv ramai yang dapat full A dalam PMR ..x kira lah 7,8,9...rasa macam bersemangat pulak tengok dorang thu..walaupun saya akan hadapi ni semua tahun2013 nanti..heheh
tambah menakjubkan lagi pelajar OKU pun dapat 9A tau...hermm best sangat tengok ...
kalau dorang boleh kenapa kita tidak kan...

kat sekolah izza pun kalau tidak silap ada 10 orang dapat full A..ermm brtmbh seronok bila ada yang dapat full 9A..hee..saya tumpang gembira sebab saya pun masuk kelas yang ambil bahasa arab tau.. 

buat yang tidak dapat full A thu asal dapat A syukur sangat dah tu..bg yang tidak dapat...tingkatkan usaha SPM nanti boleh tebus balik..ingat dimana ada kemahuan di situ ada jalan tapi haruslah lakukan dengan sungguh2 ya..

walau apapun izza tetap doakan yang terbaik buat kakak2 dan abang2 semua k..izinkan izza untuk tumpang kegembiraan ya..


gambar ni izza ambil dari google...





ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 21, 2011

bila al-quran berbicara

 
al-quran adalah kitab yang paling suci
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra
 
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu 
di surau.....
 
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang kala engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan! .
 
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
 
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
 
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu!
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
 
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
 
Sekarang engkau begitu leka membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....kubur yang setia menunggumu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

.
Peganglah Aku kembali.... bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla !
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, December 15, 2011

Soalan Paling Susah

Soalan Paling Susah ->http://arshad-terunadara.blogspot.com/2011/09/soalan-paling-susah.html

izza hanya nak berkongsi ilmu yang diperolehi..

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 14, 2011

bercinta bukanlah memiliki.....



*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI ***
Janganlah kau angkuh melaungkan...
aku sedang dilamun cinta... 
oh manisnya...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...



Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia.. 

luaran tidak semestinya dalamannya juga.. 
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..



Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia... 

yang mengizinkan..kerana itulh yg terbaik...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali...... 

cintailah si-dia keranaNYA..

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Friday, December 9, 2011

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a. 




1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang
muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana
adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke
angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat
adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus
dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas
dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan
keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka
yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan
tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali
dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat
tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap
Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat
daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan
untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia
mati. 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, December 4, 2011

angry bird haram?

hermm sekarang ni banyak sangat perkara-perkara yang tak elok dilakukan kepada islam...
tetapi yang saya bingung ni adakah angry bird juga termasuk??..
cuba dengar betul-betul angry bird biru yang boleh pecah tiga thu cakap alhamdulillah masa nak pecah tiga...
orang kata itu menghina...tapi pada saya taklah sebab apa salahnya kan burung tu kata macam thu...
tapi yang saya bingung ni..*kepada peminat game ni* perasan tak ada bangunan yang ada tanda salib kat atas dia kan..ermm salah ke thu..?
pada pendapat saya lah..tak kot..sebab bangunan tu kan kita robohkan bukannya jadi latar belakang game thu..

ermm anyway still x de penjelasan terperinci....BINGUNG!!
pastu kenapa sasarannya ermm *khinzir....kenapa x ayam ke...itik ker...

                                                                        ??????herm????

jemput tengok komen dekat bawah ya..


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif