Thursday, December 27, 2012

mulanya perjalanan hijrah

ini bukan kisah sang pungguk yang merindukan bulan,
bukan juga kisah dongeng dan khayalan...


kisah ini kisah seorang hamba Allah yang hidup mendamba kasih ilahi:

pada tengah hari di hari yang mulia, hari penghulu segala hari [jumaat].seorang remaja berumur 14 tahun duduk dan bersembang mesra bersama rakan-rakannya diberanda luar surau sekolah menunggu masuknya waktu solat zuhur. duduknya mereka di luar bukan kerana tidak sudi berada di dalam surau tetapi segan kerana melihat ramai kakak-kakak yang lagi tua dari usianya berada di dalam surau duduk membentuk sebuah bulatan. oleh kerana tidak tahu dan mengambil keputusan untuk tidak mengetahui lalu duduklah ia bersama rakan-rakannya.

tiba-tiba seorang kakak yang usianya hanya tua setahun memanggil dia dan rakan-rakannya masuk untuk menyertai "mereka".Dia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku? rupa-rupanya mereka sedang berusrah.
"owh jadi sebelum ini yang ramai-ramai tu dorang buat usrah rupanya..."
sesi taaruf dimulakan dan berlansunglah usrah untuk hari tersebut.hari demi hari dan bulan berganti bulan. DIa dan rakan-rakannya dengan izin Allah telah mengikuti Kem Remaja Islam. balik dari kem itu seolah-olah rasa sayang dengan cara pemakaiannya ketika berada di kem 3 hari 2 malam itu. memakai hand shocks dan stokin. subhanallah sepertinya hatinya telah disentuh dengan cahaya hidayah. cara pemakaian dia terus istiqamah tetapi program qiamullail yang dianjurkan payah sekali untuk dia dan rakan-rakannya pergi.

tetapi si DIa tetap cuba memujuk rakan-rakan perempuan sekelasnya untuk pergi ke program itu.tudung yang dahulunya hanya setakat melepasi dada dan asal bertudung kini dia amat cerewet memilih tudung. NIPIS? fail.. PENDEK?? fail..rasa cinta kepada agama dan dakwah sedikit demi sedikit mula bertapak dalam hatinya.alhamdulillah Allah telah memilih Dia dan 4 orang rakannya untuk mengikuti ISlamic Summer Camp. dari situ ke inginannya untuk berhijrah menjadi lebih baik semakin membuak dan Dia nampaknya semakin istiqamah datang ke program.ALhamdulillah. tapi dia sedari perubahan itu bukan untuk dirinya sahaja dalam tekadnya dia juga ingin membawa rakan-rakannya untuk berhijrah bersama.. dia tidak mahu mereka berjaya di dunia namun akhirat di abaikan..
manusia hanya wasilah yang memberi hidayah adalah ALLAH... 
siapa dia hamba Allah ini?? wallahu'alam .. *mungkin anda dapat meneka siapakah DIa? * 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 26, 2012

hijrah bukan milikku seorang


sahabatku,
andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya,

namun,
lumrah hidup manusia,
sering tergugat dan digugat,

dalam diam,
diri ini mengharap sebuah ikatan,
mengikat hati-hati kita menjadi satu,
kukuh dan kuatnya ia datangnya daripada kita

sahabat,
andai dirimu menyelami kisah ini,
ketahuilah dalam senyum tawaku,
ada tersurat dan tersirat

sahabat,
hijrah itu perlu perngorbanan,
jangan ditanya apa ini semua,
selami dan fahamilah ia..

semangat,diriku perlukan ia,bersama-sama dirimu.. 
allah adalah sebaik-baik perancang => 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, December 17, 2012

coretan perjalanan (ISC)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(jawab salam ya ^_^)

pada kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca tentang pengalaman saya mengikuti program ISC.Sebenarnya kisah ini sambungan daripada kisah ini coretan perjalanan. jom selami kisah suka dan duka saya di kem tersebut.
eh hehehe maaf izza lupa menerangkan apa itu ISC.

biodata cik ISC: (selamat berkenalan :) )

nama diberi : Islamic Summer Camp
anjuran : Persatuan Siswazah Sabah
tarikh : 14-16 disember 2012 bersamaan 1-3 safar
tempat : KK  Adventure Park, Papar, Sabah
"remaja hari ini,pemimpin hari esok" 

islamic summer camp generasi 6

video di atas adalah lagu tema untuk kem ini. Seperti KRIS, izza juga pertama kali ikut ISC. Pada pendapat saya (chewah hehe) ISC ni macam kakak kepada KRIS, sebab kalau di KRIS kita belajar perkara basic dalam agama tapi untuk ISC kita akan belajar "apa itu dakwah" dan serba serbi tentang dakwah.oklah mari ikuti perjalanan izza.. (teruja SANGAT2x mahu berkongsi ni)

#perhatian: baca secara perlahan dan hayati..

pada hari pertama 14/12/12:

Sebelum memulakan perjalanan, kami KRU Tuaran berkumpul di Masjid An-Nur Tuaran. Pada jam 9 kami pun bertolak menuju ke tapak program di KK Adventure Park Papar  (WOW!) hehehe menggunakan Bas yang disewa.Sepanjang perjalanan pastinya izza dan 11 ahli yang lain pastinya teruja hendak sampai kerana tidak sabar menempuh kenangan baru. (pastinya kami menyediakan memori kad otak yang cukup untuk mengisi kenangan itu nanti hehehe) memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, 2 orang muslimin diturunkan untuk mengikuti rombongan muslimin ISC ke masjid kampung Beringis Papar untuk menunaikan solat jumaat. Muslimat pula sampai terus sahaja mendaftar, simpan barang di tempat penginapan lalu terus mengambil wudhu untuk menuanaikan solat zuhur berjemaah dan solat sunatnya.DI sini, kami diwajibkan menunaikan solat secara berjemaah (alhamdulillah 27x darjat tuuuu). kami dibahagikan kumpulan mengikut daerah yang berbeza daripada Tuaran -> Sipitang  (jauhhh tuuu)  seperti biasa, kami bertaaruf dan mengikuti aktivit berkumpulan (buat bendera kumpulan).kami juga di sajikan dengan taman syurga ^_^ iaitu  kuliah "kenapa saya perlu berdakwah".  hah apa macam ? best tak tajuknya? kuliah ni sememangnya AWESOME!!..kami di tudung sajikan dengan rukun dakwah, kaedah berdakwah dan kaedah fiqh dakwah. Jika dilaungkan ISC, kami harus menjawab: "dakwah itu cinta!!" beserta dengan gayanya.


pada hari kedua 15/12/12

dengan bersemangatnya, muslimat bangun seawal jam 2.40 pagi untuk berqiamulail dan sekali dengan solat subuh. selepas itu kami membuat aktiviti kumpulan tentang akidah. best, ada gambar ice berg dan nyatakan yang tersurat dan tersiratnya.fasilitator kami ada juga kongsikan 7 step untuk berdakwah. Maaf saya lupa nyatakan. Nama kumpulan saya ialah Maryam Jameelah iaitu seorang Sarjana Islam berketurunan Yahudi. seterusnya kami di tudung sajikan lagi dengan kuliah yang bertajuk "tujuan berorganisasi dalam islam" .Dari kuliah ini fahamlah saya bahawa berdakwah secara berjemaah sangat sangat sangat penting.
dan hendaklah wujud daripada kamu satu kumpulan yang menyeru kearah kebajikan. Mereka mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan merekalah di kalangan orang yang sentiasa berjaya.. (surah ali-imran: 104)
seterusnya kuliah daripada Abang fairuz, tajuknya pembinaan karakter dai'e. kuliah ini juga sangat BEST! sampai yang mengantuk pun segar bugar mata kerana petahnya abang fairuz berbicara.seterusnya solat zuhur dan bergambar bersama-sama Generasi ke-6 ISC.sedang para Ajk dengan susah payahnya menyusun atur barisan sehingga banyak kali camp com memberikan Denda hehehe tiba-tiba turunya hujan rahmat.bergambar sambil ditemani hujan. masuk ke dewan dikatakan dibatalkan JELAJAH DAKWAH. :'(.
dengan izin Allah hujan berhenti dan jelajah dakwah dimulakan. kami di lepaskan ke rumah penduduk sekitar untuk berkenalan. kumpulan Saya agak sukar menemui rumah.Akhirnya kami dapat menolong seorang makcik dan adiknya yang sibuk membuat persiapan untuk katering.kami meringankan sedikit kerja mereka.balik ke tapak program ramai sudah berkumpul di dewan. rupanya kami merupakan kumpulan yang lewat sampai. Camp Com bertanya kepada para peserta muslimin dan muslimat sama ada perlu di denda atau tidak dan mereka bekata TIDAK. subhanallah inilah namanya ukhuwwah.. pada sebelah malam kami ada pembentangan wakil setiap kawasan KRU dan Malam satu bintang (malam kebudayaan).tidak dilupakan pedebatan siapa salah diantara watak Dara, Uda, Juragan dan Petapa.wah memang hangat perbincangan siapa salah. Timbul rasa kagum dalam diri kepada yang berdebat.seolah-olah mereka ini pendebat yang hebat. WOW!!  gitu,

 pada hari last 16/12/12 

jika kemarin muslimat bersemangat bangun, pada subuh ini pula kami bangun terkejut pada jam 2.30 pagi. Disuruh ambil air wudhu dengan cepat lalu kata keramat diucap hehehe. Muslimat! cepat kumpul! dalam masa 20 saat! apa lagi berlarilah dari tandas ke tempat berkumpul ada juga yang tidak sempat mengambil wudhu. lalu Ajk akhirnya memberi kelonggaran 5 minit untuk mengambil wudhu dan telekung lalu berkumpul semula. Ingatkan ingin berqiamulail rupanya tanpa disangka ada kembara malam.setelah diberikan taklimat, dilepaskan muslimin seorang demi seorang dan muslimat bertiga dengan bertemankan bunyian ombak dan langit yang tidak berbulan serta sebatang lilin. saya berada di dalam kumpulan yang terakhir dan dengan kekuatan ukhwah kami pun memulakan perjalanan dan mencari objek putih untuk menunaikan solat tahujud. Akhirnya bertemu. Rupanya itu adalah Pocong.
Dalam hati Dup dap Dup dap sudah. Namun kami teruskan juga bersolat dihadapannya. Lalu meneruskan perjalanan dengan zikir.Terlalu asyik dengan zikir kami terlepas tempat yang sepatutnya untuk berkumpul. sehingga ada kakak fasilitator mengejar kami. hehehe.kami dikumpul di pantai untuk dan menunggu masuk waktu subuh.kami disajikan pemandangan laut yang luas dan langit yang bertaburan bintang lantas terasa kerdilnya diri di hadapan Allah.Waktu menuggu saya isi dengan zikir dan tanpa diduga air mata mengalir deras terasa sayu apabila terfikir pengajaran daripada kembara tersebut. tsk tsk :"( mendapat pengalaman baru. Kami bersolat di atas pasir pantai yang suci. Terasa nikmatnya ibadah dan duduk mendengar kuliah subuh.selepas itu kami ada aktiviti "amaizing race" pergi ke check point tertentu berpandukan klu. Paling diingati ketika disuruh merebus telur dalam tanah dalam masa 15 minit. lepas itu makan telur tadi tidak kira masak atau tidak dan telur kami tidak masak lansung terpaksalah kami bertujuh telan sampai habis telur sebiji tu.Inilah pengalaman paling berharga.

Di setiap check point kami juga mendapat ilmu dan pengajaran daripada setiap permainan.Habis Game kami diberi masa untuk berkemas dan berkumpul untuk majlis penutupan (rupanya mau penghujung sudah :""() ) majlis penutup pula ketika mendengar ucapan kelopak mata terasa sangat berat. kawan kumpulan memberi bantuan mengurut untuk hilangkan kantuk. terasa indahnya ukhuwah. saya pula urut kawan depan.
KUmpulan KAmi MEnang KUmpulan YAng PaliNG AKTIF. heheh KANAK-KANAK RIBENA!!

seterusnya lambaian ukhuwah. rasa sayu bertendang bertandang. kami melaungkan doa wehdah lalu bersalaman.kami pulang dengan membawa kenangan yang baru. bersolat di pantai dan bermacam lagi..


bahan amanah yang perlu di bawa setiap masa.
habis sudah perkongsian pengalaman walaupun kalau mau diterangkan semuanya pasti bosan membaca kerana terlalu panjang. akhir kata, DAKWAH ITU CINTA!! maafkan andai ada salah dan silap. :)
"kenangan tidak akan dapat di padam kecuali kita yang melupakannya"

hari-hari turun kesawah,
hari-hari perlu berdakwah,

hehehehehe jazakallahu khairan sudi membaca pengalaman saya.

33 Muslimin & 72 Muslimat. AJK seramai 41 orang & Fasilitator 21 orang.ISC G6 menggabungkan peserta dari KRU dari 7 buah kawasan (Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Beaufort & Sipitang).

* masa malam satu bintang memandangkan kami berada dekat dengan pantai, sedang khusyuk melihat persembahan tiba-tiba ketam yang besar (boleh masak sudah heheh) sesat masuk dewan apalagi gamat satu dewan terkejut lebih-lebih lagi muslimat sebab ketam tu lalu dekat kawasan muslimat heheh best moment ^_^

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 12, 2012

indahnya sebuah ukhwah

kemarin pada tanggal 11/12/12 (01:00 PM) saya ada dapat satu sms ni:
"Diriwayatkan sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila mati salah seorang daripada mereka, maka masuklah kedalam syurga. Tidak akan masuk syurga melainkan ia mencari saudaranya dan ia berkata "wahai tuhanku di mana sahabatku yang aku kasihi kerana allah? aku ingin masuk syurga bersamanya". Maka masuklah dia ke dalam syurga bersamanya.
Allah menyaksikan kasih sayang mereka kerananya. Maka perbanyakkanlah kasih sayang kerana Allah :)"" 
saya dapat sms ni daripada seorang ukhti. saya tidaklah rapat dengan ukhti tu.Saya kenal kakak tu daripada usrah yang dibuat setiap hari jumaat (itupun kalau tidak cuti). Terkejut juga bila dapat sms ni.Saya tidak dapat balas sms ni sebab tidak ada KREDIT. maaf ya kak. seperti tajuk di atas, marilah ulas sedikit tentang ukhwah. (harap ditegur jika ada salah dan silap)

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya)."
 (Hadis Riwayat Muslim) 
Ukhuwah sememangya satu kurniaan Allah yang sangat indah dan lebih indah jika dibina atas dasar cintakan Allah.Ungkapan ‘Ukhuwah Fillah’ sememangnya sangat besar dan mendalam maknanya. Ia bukan bermaksud sebuah persahabatan yang biasa, malah lebih dari itu.*‘Bersaudara kerana Allah'*
Definisi "bersaudara kerana Allah" terlalu bersar maknanya. Bukan terbitnya hanya daripada ucapan namun hadirnya harus daripada hati yang suci. Bertemu kerana Allah dan Berpisah juga kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

KENAPA HARUS KERANA ALLAH?? 

Hanya ada satu sebab. Apabila dengan kita bersahabat kerana-NYA, maka seikhlas hati dan sepenuh jiwa kita sandarkan kerana inginkan REDHA ALLAH. Kita tidak akan berpura-pura, berlakon, mahupun mementingkan diri sendiri dalam bersahabat dengannya kerana matlamat telah jelas hanya kerana ILAHI bukan semata-mata kerana kepentingan duniawi.

Buktinya, sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya, beliau akan menolongnya”

Sesungguhnya ikatan aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam.

setiap manusia akan ditimpa ujian. jika tibanya waktu itu, bersangka baiklah dan berlapang dada. itulah namanya ukhuwah KERANA ALLAH. 

Cahaya Di Atas Cahaya! 

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.

Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)
( Hadith Riwayat Ahmed)

Subhanallah… Akhir kata, jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya di atas cahaya.!

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafie)

maafkan saya andai ada salah dan silap dalam penulisan. saya juga akan berusaha menjadi sahabat yang terbaik buatmu wahai sahabat-sahabatku. 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, November 26, 2012

siapa tidak pernah jadi jahat?


kita semua kadangkala "terjatuh" dan kalau mahu cakap tentang baik,
  what is your definition for that?
->  post pasal islamik dekat FB, tapi tidak solat, tidak baik juga ,
jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tidak baik jugak ,
pakai tudung labuh, tapi tidak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tidak baik juga ,
bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tidak tutup aurat, pun tidak baik juga , 
siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni?
=TIADA
dan definisi baik sebenarnya ialah beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
yeah, tiada diantara kita adalah manusia yang tidak berdosa. tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat baik, tidak bermakna kita kena terus buat jahat, tidak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, atau kutuk orang yang jahat sekalipun.TIDAK.kita sama sekali tidak boleh buat macam tu.kalau tidak boleh cakap benda baik,sekurang-kurangnya diam. kalau tidak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, tolong jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
 ya we all fall short sometime. tapi itu tidak bermakna kita selamanya berdosa. 

jangan! jangan sama sekali terus menerus salahkan diri kita atas kesilapan dan kisah lalu kita yang kelam. 
bersangka baiklah kepada allah.Mungkin Allah hendak kita berfikir hikmah daripada kejadian itu.jika bukan kerana kejadian itu kita tidak mungkin menjadi diri kita yang sekarang betul tak? 
jangan terus berfikir bahawa kita ini JAHAT! tidak wahai saudara ku, anda sama sekali tidak jahat. pernah tidak anda terfikir? bahawa anda adalah manusia yang sangat beruntung kerana ALLAH berikan anda ujian itu sedangkan diluar sana masih ramai yang hanyut dalam dunia sendiri tanpa hadirnya keinsafan dalam diri mereka.. 



ya saya faham, 
bagi mereka yang sebelum ini dipenuhi dengan tarbiyah dan pengisian rohani yang tidak putus dan tiba-tiba orang yang sentiasa memberikan tarbiyah itu terpaksa meninggalkan kita. apakah yang terjadi kepada kita? 
jangan sekali-kali menurunkan semangat anda.mungkin orang tersebut sudah tiada tetapi ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.mengadulah kepada ALLAH. 
ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk hambanya.

rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka.
saya juga tidaklah baik. tapi tak salah kan nak berubah? :) 
every second is the chance to change. don’t waste it people.
Be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita. 

“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” [Al-Quran Surah As-Syura ayat : 25 ]


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, November 15, 2012

for gaza

  


assalamualaikum wahai saudara seagamaku..
apa khabar iman anda hari ini?
apa khabar hijrah yang anda lakukan?
insyaAllah semoga kekal istiqomah dalam membuat perubahan ya.. 

hari ini masuk tanggal 1 muharram. maknanya hari ini adalah tahun yang baru. semoga melangkah bersama kita juga adalah azam yang baru..melangkah bersama kita diri yang baru..
sedih! sedih! sedih! yang tidak terhingga.. saat kita di sini hidup senang penuh kenikmatan..saudara seagama kita di Gaza bejuang untuk agama.
di sini kita dipenuhi dengan hiburan yang banyak.sedang mereka di sana dipenuhi hujan peluru. 
setiap masa mereka dipenuhi syahid. 
YA ALLAH! di saat ini mampu aku menilai sejauh mana cintaku pada agamaku.sejauh mana cintaku pada saudaraku dan sejauh mana tahap iman ku.. sungguh tipis.Disaat saudaraku memerlukan bantuan kami .. kami hanya mampu melihat dan menghulur simpati tanpa dapat melakukan apa-apa.
di mana ISLAM pada masa ini? di mana penduduk dunia? INI BUKAN TANGUNGGJAWAB ISLAM SAHAJA!! ini adalah tangunggajawab kemanusiaan..
jika  tidak mampu bejuang bantulah mereka melalui DOA wahai saudaraku.diriku juga masih lemah.masih diambang penghijrahan. terlalu sedikit yang mampu dilakukan untuk agamaku. bangkitlah wahai saudaraku. Jangan patahkan semangat jihadmu.Ingatlah jika kini dengan takdir Allah kita ditukarkan tempat dengan mereka. Apa yang ingin kita lakukan? 

kita tidak mampu sekuat mereka.mungkin ketika di sana hanya mati yang kita ingatkan.hanya takut menguasai diri. 
Kerana di sini kita sudah dimanjakan dengan kesenangan.Cinta pada akhirat dan Allah? sungguh hanya allah yang tahu. disaat ini mereka hanya mampu mengaharap DOA daripada saudara mereka di seluruh dunia.marilah bersama-sama kita berdoa untuk mereka. Jangan nanti di Akhirat sana di tanya apa yang kita lakukan ketika saudara kita diserang? disaat itu nanti bibir tidak lagi mampu berbohong. jangan!jangan!jangan!.sedangkan burung kecil mampu memberikan sumbangan apatah lagi kita manusia makhluk istimewa. LAILLAHAILALLAH 
tolong saudaraku jangan lemahkan imanmu.ingatlah kita hidup bukan untuk bersuka-suka.kita hidup membawa misi menjadi khalifah Allah.topup kan iman mu selalu.. 
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta… 


maafkan diri ini andai ada tersalah ucapan.tegurlah saya ya jika ada kekurangan.

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, October 13, 2012

perginya seorang kekasih


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(At-Taubah 128-129)

Berikut dilampirkan paparan suasana di saat-saat akhir hayat Baginda saw. Bagi memperoleh penghayatan dan supaya dapat menjiwai detik tersebut, beberapa langkah persediaan awal berikut mesti diikuti terlebih dahulu, Insya Allah:


*sebaiknya pasanglah alunan muzik yang sedih seperti muzik muhasabah supaya anda lebih menghayati saat-saat itu nanti...

1. Selesaikan dahulu segala tugasan segera

2. Tunaikanlah segala yang berhajat kepada kita, sama ada hajat sendiri atau sebagainya

3. Tenangkan hati dan fikiran daripada segala masalah dan kekalutan

4. Membaca Istighfar dan berselawat keatas Nabi

5. Bacalah dengan tenang, perlahan-lahan dan bayangkan anda sedang berhadapan dengan seseorang yang paling anda kasihi yang sedang nazak .

6. Berbisiklah di dalam hati supaya Allah swt mengurniakan taufik dan hidayahnya kepada kita

7;baca ketika minda benar-benar ingin membaca dan mengahayatinya.


Perhatian:

*Keberkesanan paparan berikut adalah sangat bergantung kepada sejauh mana anda mengikuti setiap langkah persediaan awal di atas, Insya Allah

Wallahualam.
bismillah.....

DI SAAT WAFATNYA SAW
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah wahai anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut, "kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. " Bukan begitu wahai Rasul, Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah merintih, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mula kebiruan. "Ummatii,ummatii,ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.“Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami tercinta, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam, yang telah membuka apa yang tertutup dan menutup semua risalah sebelumnya. Penunjuk ke jalan yang benar, penghancur kebatilan dengan cara yang hak, dan pembela yang hak dengan cara yang hak pula. Limpahkanlah rahmat dan keselamatan kepadanya, kepada keluarganya, kepada para sahabatnya dan kepada umatnya yang dicintainya hingga akhir zaman, Amin.”

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
tepuk dada tanya iman..
muhasabah diri. 
“tidak sanggup menahan air mata membaca kisah ini. Betapa berat perasaan ini saat sang Nabi Agung dicabut ruhnya oleh sang malakul maut, bergetar perasaan menahan haru, dan betapa besar cinta Rasulullah Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam pada umatnya. Tidak ada pemimpin di dunia ini seagung beliau. Allahumma shalli ‘ala Muhammad …” 

♥ Berselawat ke atas Rasulullah ♥ 
Allah swt berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan terhadapnya".

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Friday, October 12, 2012

pengajaran dari sebuah tazkirah

~hijau... tenang~

alhamdulillah.hari ini allah izinkan saya untuk mendapat sedikit pengajaran dan ilmu melalui sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang akhun..Jadi saya ingin kongsikan sedikit apa yang telah saya dapat daripada tazkirah tersebut.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.” -surah Al-Baqarah ayat 218-

tazkirah tersebut menyentuh tentang iman, hijrah dan jihad. pada mulanya saya masih samar-samar apa yang ingin disampaikan tapi alhamdulillah setelah menghayati saya akhirnya faham.zaman kini kita pasti tidak dapat melakukan hijrah sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam tetapi kita masih berpeluang untuk berhijrah melalui hati. melangkah ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran, dari orang yang tidak bermutu menjadi orang yang bermutu dari segi akidahnya, akhlaknya dan prestasinya.   


kita disuruh beriman kepada Nabi muhammad tetapi bukan kepada batang tubuh nabi sebaliknya kepada wahyu dan perjuangan junjungan besar kita itu.
Hijrah dan jihad memerlukan pengorbanan besar.
Macam lagu SUNNAH ORANG BERJUANG-hijjaz (saya potong-potong lagu ni kalau mahu yang full cari dekat internet ya)


"Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid"


"Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang"


"Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih" 

syukur..syukur..syukur.. diberikan hidayah untuk berubah (hijrah) seawal umur 14 tahun. doakan semoga saya kekal istiqamah ya,. perubahan tanpa tarbiyyah takut berhenti separuh jalan. jadi belajar dan teruslah menambah ilmu di diri yang serba kekurangan ini. ingatlah NIKMAT DUNIA HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN AKHIRAT. 
jihad perlu pengorbanan.ujian  itu memang asas perjuangan.hijrah/jihad mengharap mardhatillah. 
dampingilah orang yang berjuang untuk Allah.Mereka manusia biasa jika nampak kesalahan mereka tergurlah secara berhikmah. jangan tinggalkan mereka hanya kerana kesilapan yang dilakukan. 
akhir kata dari tazkirah tersebut, akhun tersebut ada berpesan hadirilah usrah jangan tinggalkan, bersamalah dengan ahli jamaah selalu.hati-hati memilih.ikutilah landasan yang betul berlandaskan ajaran Rasulullah. 

Banyak sangat sebenarnya yang saya dapat daripada usrah tadi.Wallahu 'alam. 
TEGUHKAN PENDIRIANMU MENGAKKAN AGAMA ALLAH.. 
p/s: berbaliklah kepada al-quran dan sunnah.


Jika kita meneliti peranan hati di dalam pencapaian dan peningkatan rohani seseorang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah ternyata ianya adalah penting malahan menjadi asas kepada keimanan dan keislaman.Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Qaaf ayat 37:
Tafsirnya: “Sesungguhnya keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati yang sedar pada masa membacanya.”

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, October 1, 2012

diriku insan biasa


hijrah itu mudah,
kita yang menyukarkannya,
berubah itu indah, 
kita yang merubahnya, 

sahabat,
diriku juga sepertimu,
jika dilihat sempurna segalanya,
itu bukanlah diriku, 

sahabat, 
jika dilihat aku memberi kata peransang, 
jika terlihat aku tabah, 
jika dilihat aku berubah, 
jika terlihat kesalahanku, 

tegurlah..
tergurlah...
tegurlah...diri yang alpa ini.. 

sahabat,
diri ini juga terkadang tersungkur 
dan terkadang tersasar,
kadang kala lalai ..

JANGAN! 
dilihat diriku ini sempurna, 
kerana nasihatku,
pemakaianku, bahkan perbuatanku,
aku insan biasa kadangkala tersasar dari jalan hakiki.. 

aku perlukan bimbingan,
diriku jua perlukan pendorong,
juga kata peransang yang sama,
namun kemana dikau wahai sahabat.....

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, September 1, 2012

ilmuwan islam dan ilmuwan barat

mereka membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!.. bangun lah dan sedarlah akan kebenarannya..

inilah antara tokoh-tokoh islam..


ibnu al-haitam = alhazen (panggilan di barat)
+ menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
+   menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian.
+   Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop

ibnu yunus =
+ menemui bandul lebih awal berbanding Galileo Galilie (1564-1642M) iaitu kira-kira 600 tahun
+  Zij yang terdiri daripada empat jilid kemudiannyua tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dibanding karya Claudious Ptolemaios dan telah diterbitkan dan diterjemah dalam pelbagai bahasa.

thabit bin qurrrah =
+ pada abad ke-17, Rene Descartes menghasilkan penemuan bahwa algebra dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah geometrikal. NAMUN, thabit telah menyelesaikannya terlebih dahulu pada awal abad ke-9.

ibnu firnas =
+  seribu tahun sebelum Wright bersaudara menerbangkan kapal terbang mereka, Ibn Firnas telah terbang terleih dahulu di udara.

ibnu syatir =
+  wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al-Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus.
+  Orientalis Inggeris, David King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.
+  Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya.

hanya ini sahaja yang mampu dikongsi :) mungkin banyak lagi diluar sana yang tidak diketahui..
jadi macam mana? READY TO be the next muslim scientist... ??

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, August 23, 2012

terlukanya muslimah

TETAP MANIS WALAU TERLUKA.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibirnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, August 18, 2012

ramadhan

copy: facebook

tok! tok! tok!

ramadhan: assalamualaikum
aku: waalaikumussalam..ramadhan rupanya :)

ramadhan: aku akan berangkat pergi tidak lama lagi .. :'(
aku: ya aku tahu .. T__T

ramadhan: aku ingin tinggalkan pesanan untuk sahabatku..
                katakan padanya "Maaf, aku harus pergi, mungkin lama.
                Ajaklah Sabar untuk menemani hari-harinya, peluklah Istiqamah saat
                dia kelelahan dalam meniti perjalanan Taqwa.

aku: akanku cuba sampaikannya..

tiba-tiba...

ramadhan: itupun sahabatmu syawal... ia sudah tiba..

dengan kesedihan membukit .. KU LIHAT RAMADHAN PERGI..JAUH..
wahai ramdhan dengan izin Allah kau pergi jua..
setelah kasihku kian menebal..

YA ALLAH..temukanlah aku dengan ramadhan lagi ~




Tadi tarawih yg TERAKHIR,
Pagi esok sahur yg TERAKHIR,
Seharian esok puasa yg TERAKHIR,
Maghrib esok berbuka yg TERAKHIR...
Harap², ini bukan Ramadhan yg TERAKHIR. Amin,,


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, August 12, 2012

dugaan hidup



-Hidup memang untuk diuji-

Andai muslim di Malaysia diuji Allah seperti muslim di Syria, di Rohingya..

apa yang akan berlaku?


memilih sama ada ingin hidup selamat dengan tunduk pada Syiah Nusairiyah/Buddha atau mempertahankan aqidah Islam serta memperjuangkannya hingga bercerai nyawa?

[cuba berfikir dan renungkan sejenak]

sedang dalam kondisi aman makmur sebegini di Malaysia tetap ada yang murtad..
inikan pula jika Allah uji macam di Syria dan Rohingya?

Allah maha tahu, muslim di Malaysia belum mampu diuji secara fizikal...sedangkan spritual kita umumnya sangat lemah!
memerangi hawa nafsu saja "down"~

tapi jangan lupa,
keamanan yang dikecapi ini bukan untuk dibangga-bangga, kerana ia juga sebuah ujian yang tak kalah hebat buat kita..

berapa ramai yang meninggalkan solat kerana asyik bermain games dan berfesbuk ria?

berapa ramai yang tak puasa kerana makanan yang sedap-sedap ada di mana-mana?

berapa ramai yang diberi kedudukan serta pangkat lalu meninggalkan urusan agamanya?

dan ini jelas dan berlaku saban waktu~
kita takyah cari..kita akan jumpa.

untuk apa kita diuji?

"Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang soleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)."[Al A'raaf:168]

untuk kita makin dekat dengan Allah SWT, bergantung harap hanya padaNya~

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, May 23, 2012

sabar

 

wahai sang hati..
sabar..teruskan bersabar..
biar sakit biar pedih..
teruskan bersabar..

wahai sang hati..
memang perit..
kerana kesabaran memerlukan pengorbanan..

wahai sang hati..
biarlah air mata ini,mengalir deras..
asal tembok kesabaran ini tidak kau pecahkan..
sabar dan terus bersabar..

wahai sang hati..
janji Allah itu pasti..untuk yang bersabar..
rehdalah dengan apa yang terjadi..
pasti ada rahmat disebaliknya..

wahai sang hati..
sungguh..Allah tidak menguji hambanya melampaui batas kemampuannya..
maka sabar dan teruskanlah membina tembok kesabaranmu..

Allah ya allah..kukuhkanlah kesabaran ini dalam hatiku..
ya Allah hamba yakin sesungguhnya janji mu itu pasti..
cuma perlu SABAR..
ingatlah setiap yang berlaku pasti ada rahmat yang tersembunyi..
ya Allah 


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, May 6, 2012

wanita sebaik-baik perhiasan








~♥✿ Mujahiddah Solehah ✿♥~

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik
atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya
pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih
untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk
di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman,
Agar diri ini bersih dan
sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang
darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa
dan agama.


Salam perjuangan buat sahabatku sekalian..
Peliharalah dirimu duhai serikandi Islam..
Ketahuilah dirimu amat istimewa..
Hiasi diri dengan akhlak yg indah..serta pakaian takwa...
Kerana dirimu begitu berharga...

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan..Biar kaki sunyi tanpa berjalan..
Tapi..jgn biar AKAL sunyi tanpa ILMU & jgn biar HATI tanpa CINTA KEPADA ALLAH.."

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, April 8, 2012

coretan perjalanan

assalamualaikum...
amboi tajuknya bukan main lagi bukan..hee agaknya perjalanan apa??
jalan2 shpping ke?ermm atau jalan2 cari makan?
hehehe..sebenarnya izza ingin ceritakan penggalaman izza ikut KRIS atau kem remaja islam..
(matikan dulu playlist kat bawah untuk mendengar lagu ni..best~~)




(bingkai kehidupan-lagu tema sepanjang program dijalankan)
huhu kiranya macam kem ibadah juga..kem ni di anjurkan di sekolah izza sendiri iaitu SMK BADIN TUARAN..
ambl dr google images...

izza first time ikut program ni izza kenal program ni pun dari usrah yang dilakukan setiap hari jumaat kat skolah izza..
untuk pengetahuan semua,program ni melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Pekan Tuaran..
maaflah izza x berapa nak ingat lah berapa kesemuanya..alamak!!sorry dah terlebih berceloteh pula..ok lh jom ikuti penglmn izza..program itu dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu 5-7 April..hari pertama merupakan hari pendaftaran taklimat dan pembahagian kumpulan..mlam hari pertama ni, program2nya habis pada 12 lebih.. so kami pun tidurlah lepas 2..tapi izza dan beberapa sekutu yang lain heee x tidur malam tu kononya kalau tidur pun pukul 2 dh nk mndi dh(spya x berebut).phdl spttnya bngn pd jm 3 lebih..izza dan rkn2 trs p surau utk brsma2 rkn lain utk br qiamulail pd jm 4 lebih ~ kiranya izza n the geng ni awl sngtlh p ke surau..olh krna x thn mgntk izza dan rkn2 trtdr jga skjp dlm 10-30 minit..ish2..korang rasa cukup tido x..hehehe mestilh x kn..

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, March 31, 2012

CINTA SUCI DAN INDAH





Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah nyata yg pernah terjadi di Bumi ini...




Sekian ratusan tahun yang lalu...


.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya. seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya si suami pulang larut malam. Si isteri bingung... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tidak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu. namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Si suami tercinta belum juga datang.

Tidak berapa lama kemudian....

seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.

Lelaki ini adalah suami dari si wanita tersebut.

Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa.

Namun, ketika ingin mengetuk pintu.., terpikir olehnya Si isteri yang tengah terlelap tidur. ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya.



Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga melebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidakk ingin membangunkan isteri tercinta, Si suami lebih memilih tidur di luar rumah..

di depan pintu...

dengan udara malam yang dingin melilit...

hanya beralaskan selembar serban tipis.

Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi..

kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah..


dibalik pintu tempat si suami melebarkan kain serban dan berbaring diatasnya..

Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu.

Tidak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.



Namun, kerana risau rasa mengantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Si suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu suaminya di depan pintu dari dalam rumahnya.



Malam itu...
tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana. kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Si Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada suaminya dan si suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada isterinya.

dan Nun jauh di langit....

ratusan ribu malaikat pun bertasbih....

menyaksikan kedua sejoli tersebut...



SUBHANALLAH WABIHAMDIH


betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...

saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...



TAHUKAH ANDA... siapa mereka..?

Si suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.

dan

si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.



Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan,

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut.


Aamiin...Aamiin ya rabbal'alamiin...

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, March 21, 2012

ibn al-haitam


kenal? 
hehehe tak kenal maka tak cinta.. 
beliau antara tokoh islam yang menyumbangkan jasa kepada dunia sains..  
^_^ bacalah buat pengetahuan am..
START;-

-Nama penuh beliau ialah Al-Hasan Abu Ali Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Haitham.
- Dilahirkan di Basrah, Iraq.
- Salah seorang daripada ahli matematik dan fizik.
- Pengasas ilmu optik.
- Ibnu Al-Haitham tekun di dalam membuat kajian dan penyelidikan saintifik. 
-orang pertama menerangkan secara terperinci tentang bahagian mata,pembiasan atmosferadan pelbagai kajian lagi. 
- Beliau mempelajari ilmu falsafah dan anatomi. Beliau berjaya menguasai bidang anatomi dengan baik lebih-lebih lagi tentang mata. 
- Kemasyhuran Ibnu Al-Haitham yang terkenal dengan ilmu pengetahuan yang luas dan menghasilkan karya yang terlalu banyak telah tersebar ke merata tempat.
*menguasai pelbagai bidang ilmu di antaranya:
- Geometri.
- Falsafah.
- Mantik.
- Kedoktoran.
- Falak. 
- Di samping itu Ibnu Al-Haitham juga pernah membuat kajian tentang tabiat cahaya, pelangi, bayang dan gerhana.
- Beliau pernah mengkaji pelbagai jenis kaca sama ada kaca cembung, cekung dan mendatar serta membuat kajian di dalam pembelokan kaca cembung.
- Ibnu Al-Haitham pernah membuat kajian tentang teori eksperimen di antara jisim-jisim dan perbezaan kecepatan jisim-jisim yang jatuh ke bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti. Ibnu Al-Haitham juga mencadangkan kaedah pertama di dalam bidang mekanik 
Di antara mutiara kata beliau ialah:


Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:


Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.


Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.


Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua  
aik?habis dah..alarh  
hee best ke tak? 

^_^

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Tuesday, February 28, 2012

allah knows





When you feel all alone in this world And there's nobody to count your tears Just remember, no matter where you are Allah knows Allah knows

When you carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road that you take Allah knows Allah knows

No matter what, inside or outThere's one thing of which there's no doubt Allah knows Allah and whatever lies in the heavens and the earth Every star in this whole universe Allah knows Allah knows

When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon, shout it to everyone Allah knows Allah knows

When you gaze with love in your eyes Catch a glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows Allah knows When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows Allah knows

You see we all have a path to choose Through the valleys and hills we go With the ups and the downs, never fret never frown Allah knows Allah knows

Every grain of sand,In every desert land, He knows.Every shade of palm,Every closed hand, He knows.Every sparkling tear,On every eyelash, He knows.Every thought I have,And every word I share, He knows.Allah knows ..........

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, February 23, 2012

mencari redha allah

 
 
✿ Bila kita jadi jahat, ORANG
BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG
MELUAT..
......
✿ Bila kita ikut suruhan agama,
ada orang kata kita BERLAGAK
ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan
agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA
NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

.....

✿ Bila kita ikut peraturan, ada
orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan,
ada orang kata kita ni macam
TAKDE MASA DEPAN..
✿ Bila kita tegur dengan baik,
ada orang kata kita ni BAJET
BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar,
ada orang kata kita ni KURANG
AJAR..
.....
✿ Bila kita pakai sopan-sopan,
ada orang kata kita ni
'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-
sini'.. ada orang kata kita ni
TAKDE HARGA DIRI sebab tayang
free..
.....
✿ Bila kita bagi nasihat, ada
orang kata "JANGAN SIBUK JAGA
TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada
orang kata "TAK RETI BAGI
NASIHAT LEKLOK?.."..
....
✿ Bila kita tolong buat kerja, ada
orang kata "YANG SEBOK
SANGAT NAK TOLONG BUAT
KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?".
❤ Bila kita tak tolong apa-apa,
ada orang kata "APSAL PEMALAS
SANGAT NI? NAK TOLONG PON
SUSAH?"..
.......
✿~ Dan sebenarnya ramai orang
lain tak berpuas hati dengan diri
kita. Apa yang kita buat semua
salah.. semuanya tak betul di
mata mereka.. Kalau buat salah
sudah tentunya salah.. tetapi jika
buat baik pun masih ada yang
mengata.. ingat pesanan ini :
......
~♥> Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.. perkara
pertama yang perlu kita fikirkan
ialah pandangan Allah
SWT ..terhadap kita.. bukan
pandangan manusia...~

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

maksud maksiat



dari segi bahasa, dikatakan dalam lisan al-arab bahawa " maksiat" ialah perkataan berlawan bagi "ketaatan". 
seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada tuhannya andai tidak mematuhi perintahnya.. 
 dari segi istilah,kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala larangannya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardukan dalam kitabnya dan sunnah rasulnya serta mengerjakan apa yang dilarang ALLAH dan rasulullah S.A.W sama ada dari segi perbuatan atau perkataan, yang zahir atau batin. 
 Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas.takkan terjadi maksiat dan ketaaan pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam maksiatnya, imannya seakan-akan tercabut darinya buat seketika.

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif