Saturday, January 28, 2012

jom join PERTANDINGAN POSTER DAKWAH SANTAI KREATIF!!

best..sambil ikut pertandingan dapat juga pahala..kenapa??ish tu pun x taw ke?
hehehe gurau jer..sebab dah namanya dakwah so isi posternya pun mestilah berunsurkan sesuatu yang baik kan..
k lah huhu x larat jari ni nak tulis banyak-banyak..mungkin dah berkarat kot? ^_^
nak tau lebih lanjut pasal pertandingan ni kik lah kat cini..

http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Pilihan-Firuz/232885313444034?sk=app_190322544333196


hah ni poster pertama yang izza buat..
tngk2 lh :E 


k lh korang try k ikut pertandingan tu..
ilalliqha


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, January 23, 2012

tenang vs kelam kabut

bismillah..

amacam?tengok tajuk sudah boleh agak kan apa yang izza nak kongsikan..masih samar-samar?tak pa..tinggalkan alamat anda kat ruangan komen..nanti izza pos kan lampu suluh..
hehehe tak adalah..gurau je..Tenang..

ok untuk permulaan izza bagi pendapat:
kalau korang tengah buat sesuatu kerja dalam keadaan kelam kabut..mesti korang rasa serabut..betul?

kalau time tu buat dalam keadaan tenang semua menjadi..ya tak?

izza pun selalu juga buat kerja dalam keadaan kelam kabut/tidak tenang..

izza bagi 1 situasi ok..untuk bagi korang kefahaman yang lebih jelas..
~>ada suatu hari ni..izza ada kelas bahasa arab..kitaorang kena suruh berdiri siapa dapat jawab boleh duduk..time tu ustazah soal dalam bahasa arab kami terjemahkan..padahal bukannya susah pun..tengok buku juga..tapi izza berabisan mencari perkataan yang ustazah sebutkan tapi x dapat cari.tapi akhirnya izza duduk jugalah sebab ada perktaan yang izza ingat..time duduk tu kawan-kwan yang lain masih di soal..punyalah main senang izza jumpa perkataan yang ustzah berikan dekat mereka..HAH..inilah yang dikatan kalau nervous semua x tentu arah kan..

pengajarannya kalau buat sesuatu benda haruslah tenang.. mohon pertolongan allah tau jangan lupa..
sama-samalah kita amalkan..izza pun bukan manusia sempurna..jumpa lagi ^_^



ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, January 22, 2012

cara-cara mengatasi marah

~latih diri dengan akhlak yang mulia  seperti bersabar,lemah lembut dan berhati-hati dalam membuat   keputusan
~mohon perlindungan kepada allah daripada ganguan syaitan
~berwuduk.sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api.dan api akan padam dengan mengambil wuduk
~ingat kepada balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikut nafsu amarahnya.
~ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh oleh orang yang berjaya menahan amarahnya.orang yang berjaya menahan amarahnya disifatkan sebagai pahlawan yang berani. 
~maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.
~jika sedang berdiri,maka hendaklah duduk.jika marahnya belum reda lagi ,hendaklah berbaring..
ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

tip meneguhkan iman


  • bersyukur apabila mendapat nikmat 
  • sabar apabila mendapat kesulitan 
  • bertawakal apabila mempunyai perencanaan 
  • ikhlas dalam segala amal perbuatan 
  • jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan 
  • jangan menyesal atas sesuatu kegagalan 
  • jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan 
  • jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain 
  • jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan 
  • jangan tamak kepada harta 
  • jangan goyah dengan fitnah 
  • jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besr 
  • jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil 
  • banyak berkunjung ke rumah Allah 
  • lakukan solat waktu pada awal waktu dan solat berjemaah di masjid 
  • perbanyakkan zikir dan doa kepada allah 
  • jangan rasa takut kecuali hanya kepada allah 
  • cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan 
  • bersatu-padulah kerana Allah dan berpisahlah hanya kerananya

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif