Wednesday, March 21, 2012

ibn al-haitam


kenal? 
hehehe tak kenal maka tak cinta.. 
beliau antara tokoh islam yang menyumbangkan jasa kepada dunia sains..  
^_^ bacalah buat pengetahuan am..
START;-

-Nama penuh beliau ialah Al-Hasan Abu Ali Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Haitham.
- Dilahirkan di Basrah, Iraq.
- Salah seorang daripada ahli matematik dan fizik.
- Pengasas ilmu optik.
- Ibnu Al-Haitham tekun di dalam membuat kajian dan penyelidikan saintifik. 
-orang pertama menerangkan secara terperinci tentang bahagian mata,pembiasan atmosferadan pelbagai kajian lagi. 
- Beliau mempelajari ilmu falsafah dan anatomi. Beliau berjaya menguasai bidang anatomi dengan baik lebih-lebih lagi tentang mata. 
- Kemasyhuran Ibnu Al-Haitham yang terkenal dengan ilmu pengetahuan yang luas dan menghasilkan karya yang terlalu banyak telah tersebar ke merata tempat.
*menguasai pelbagai bidang ilmu di antaranya:
- Geometri.
- Falsafah.
- Mantik.
- Kedoktoran.
- Falak. 
- Di samping itu Ibnu Al-Haitham juga pernah membuat kajian tentang tabiat cahaya, pelangi, bayang dan gerhana.
- Beliau pernah mengkaji pelbagai jenis kaca sama ada kaca cembung, cekung dan mendatar serta membuat kajian di dalam pembelokan kaca cembung.
- Ibnu Al-Haitham pernah membuat kajian tentang teori eksperimen di antara jisim-jisim dan perbezaan kecepatan jisim-jisim yang jatuh ke bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti. Ibnu Al-Haitham juga mencadangkan kaedah pertama di dalam bidang mekanik 
Di antara mutiara kata beliau ialah:


Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:


Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.


Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.


Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua  
aik?habis dah..alarh  
hee best ke tak? 

^_^

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment