Monday, November 26, 2012

siapa tidak pernah jadi jahat?


kita semua kadangkala "terjatuh" dan kalau mahu cakap tentang baik,
  what is your definition for that?
->  post pasal islamik dekat FB, tapi tidak solat, tidak baik juga ,
jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tidak baik jugak ,
pakai tudung labuh, tapi tidak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tidak baik juga ,
bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tidak tutup aurat, pun tidak baik juga , 
siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni?
=TIADA
dan definisi baik sebenarnya ialah beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
yeah, tiada diantara kita adalah manusia yang tidak berdosa. tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat baik, tidak bermakna kita kena terus buat jahat, tidak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, atau kutuk orang yang jahat sekalipun.TIDAK.kita sama sekali tidak boleh buat macam tu.kalau tidak boleh cakap benda baik,sekurang-kurangnya diam. kalau tidak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, tolong jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
 ya we all fall short sometime. tapi itu tidak bermakna kita selamanya berdosa. 

jangan! jangan sama sekali terus menerus salahkan diri kita atas kesilapan dan kisah lalu kita yang kelam. 
bersangka baiklah kepada allah.Mungkin Allah hendak kita berfikir hikmah daripada kejadian itu.jika bukan kerana kejadian itu kita tidak mungkin menjadi diri kita yang sekarang betul tak? 
jangan terus berfikir bahawa kita ini JAHAT! tidak wahai saudara ku, anda sama sekali tidak jahat. pernah tidak anda terfikir? bahawa anda adalah manusia yang sangat beruntung kerana ALLAH berikan anda ujian itu sedangkan diluar sana masih ramai yang hanyut dalam dunia sendiri tanpa hadirnya keinsafan dalam diri mereka.. 



ya saya faham, 
bagi mereka yang sebelum ini dipenuhi dengan tarbiyah dan pengisian rohani yang tidak putus dan tiba-tiba orang yang sentiasa memberikan tarbiyah itu terpaksa meninggalkan kita. apakah yang terjadi kepada kita? 
jangan sekali-kali menurunkan semangat anda.mungkin orang tersebut sudah tiada tetapi ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.mengadulah kepada ALLAH. 
ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk hambanya.

rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka.
saya juga tidaklah baik. tapi tak salah kan nak berubah? :) 
every second is the chance to change. don’t waste it people.
Be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita. 

“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” [Al-Quran Surah As-Syura ayat : 25 ]


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, November 15, 2012

for gaza

  


assalamualaikum wahai saudara seagamaku..
apa khabar iman anda hari ini?
apa khabar hijrah yang anda lakukan?
insyaAllah semoga kekal istiqomah dalam membuat perubahan ya.. 

hari ini masuk tanggal 1 muharram. maknanya hari ini adalah tahun yang baru. semoga melangkah bersama kita juga adalah azam yang baru..melangkah bersama kita diri yang baru..
sedih! sedih! sedih! yang tidak terhingga.. saat kita di sini hidup senang penuh kenikmatan..saudara seagama kita di Gaza bejuang untuk agama.
di sini kita dipenuhi dengan hiburan yang banyak.sedang mereka di sana dipenuhi hujan peluru. 
setiap masa mereka dipenuhi syahid. 
YA ALLAH! di saat ini mampu aku menilai sejauh mana cintaku pada agamaku.sejauh mana cintaku pada saudaraku dan sejauh mana tahap iman ku.. sungguh tipis.Disaat saudaraku memerlukan bantuan kami .. kami hanya mampu melihat dan menghulur simpati tanpa dapat melakukan apa-apa.
di mana ISLAM pada masa ini? di mana penduduk dunia? INI BUKAN TANGUNGGJAWAB ISLAM SAHAJA!! ini adalah tangunggajawab kemanusiaan..
jika  tidak mampu bejuang bantulah mereka melalui DOA wahai saudaraku.diriku juga masih lemah.masih diambang penghijrahan. terlalu sedikit yang mampu dilakukan untuk agamaku. bangkitlah wahai saudaraku. Jangan patahkan semangat jihadmu.Ingatlah jika kini dengan takdir Allah kita ditukarkan tempat dengan mereka. Apa yang ingin kita lakukan? 

kita tidak mampu sekuat mereka.mungkin ketika di sana hanya mati yang kita ingatkan.hanya takut menguasai diri. 
Kerana di sini kita sudah dimanjakan dengan kesenangan.Cinta pada akhirat dan Allah? sungguh hanya allah yang tahu. disaat ini mereka hanya mampu mengaharap DOA daripada saudara mereka di seluruh dunia.marilah bersama-sama kita berdoa untuk mereka. Jangan nanti di Akhirat sana di tanya apa yang kita lakukan ketika saudara kita diserang? disaat itu nanti bibir tidak lagi mampu berbohong. jangan!jangan!jangan!.sedangkan burung kecil mampu memberikan sumbangan apatah lagi kita manusia makhluk istimewa. LAILLAHAILALLAH 
tolong saudaraku jangan lemahkan imanmu.ingatlah kita hidup bukan untuk bersuka-suka.kita hidup membawa misi menjadi khalifah Allah.topup kan iman mu selalu.. 
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta… 


maafkan diri ini andai ada tersalah ucapan.tegurlah saya ya jika ada kekurangan.

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif