Monday, November 26, 2012

siapa tidak pernah jadi jahat?


kita semua kadangkala "terjatuh" dan kalau mahu cakap tentang baik,
  what is your definition for that?
->  post pasal islamik dekat FB, tapi tidak solat, tidak baik juga ,
jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tidak baik jugak ,
pakai tudung labuh, tapi tidak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tidak baik juga ,
bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tidak tutup aurat, pun tidak baik juga , 
siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni?
=TIADA
dan definisi baik sebenarnya ialah beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
yeah, tiada diantara kita adalah manusia yang tidak berdosa. tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat baik, tidak bermakna kita kena terus buat jahat, tidak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, atau kutuk orang yang jahat sekalipun.TIDAK.kita sama sekali tidak boleh buat macam tu.kalau tidak boleh cakap benda baik,sekurang-kurangnya diam. kalau tidak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, tolong jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
 ya we all fall short sometime. tapi itu tidak bermakna kita selamanya berdosa. 

jangan! jangan sama sekali terus menerus salahkan diri kita atas kesilapan dan kisah lalu kita yang kelam. 
bersangka baiklah kepada allah.Mungkin Allah hendak kita berfikir hikmah daripada kejadian itu.jika bukan kerana kejadian itu kita tidak mungkin menjadi diri kita yang sekarang betul tak? 
jangan terus berfikir bahawa kita ini JAHAT! tidak wahai saudara ku, anda sama sekali tidak jahat. pernah tidak anda terfikir? bahawa anda adalah manusia yang sangat beruntung kerana ALLAH berikan anda ujian itu sedangkan diluar sana masih ramai yang hanyut dalam dunia sendiri tanpa hadirnya keinsafan dalam diri mereka.. 



ya saya faham, 
bagi mereka yang sebelum ini dipenuhi dengan tarbiyah dan pengisian rohani yang tidak putus dan tiba-tiba orang yang sentiasa memberikan tarbiyah itu terpaksa meninggalkan kita. apakah yang terjadi kepada kita? 
jangan sekali-kali menurunkan semangat anda.mungkin orang tersebut sudah tiada tetapi ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.mengadulah kepada ALLAH. 
ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk hambanya.

rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka.
saya juga tidaklah baik. tapi tak salah kan nak berubah? :) 
every second is the chance to change. don’t waste it people.
Be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita. 

“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” [Al-Quran Surah As-Syura ayat : 25 ]


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment