Thursday, December 27, 2012

mulanya perjalanan hijrah

ini bukan kisah sang pungguk yang merindukan bulan,
bukan juga kisah dongeng dan khayalan...


kisah ini kisah seorang hamba Allah yang hidup mendamba kasih ilahi:

pada tengah hari di hari yang mulia, hari penghulu segala hari [jumaat].seorang remaja berumur 14 tahun duduk dan bersembang mesra bersama rakan-rakannya diberanda luar surau sekolah menunggu masuknya waktu solat zuhur. duduknya mereka di luar bukan kerana tidak sudi berada di dalam surau tetapi segan kerana melihat ramai kakak-kakak yang lagi tua dari usianya berada di dalam surau duduk membentuk sebuah bulatan. oleh kerana tidak tahu dan mengambil keputusan untuk tidak mengetahui lalu duduklah ia bersama rakan-rakannya.

tiba-tiba seorang kakak yang usianya hanya tua setahun memanggil dia dan rakan-rakannya masuk untuk menyertai "mereka".Dia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku? rupa-rupanya mereka sedang berusrah.
"owh jadi sebelum ini yang ramai-ramai tu dorang buat usrah rupanya..."
sesi taaruf dimulakan dan berlansunglah usrah untuk hari tersebut.hari demi hari dan bulan berganti bulan. DIa dan rakan-rakannya dengan izin Allah telah mengikuti Kem Remaja Islam. balik dari kem itu seolah-olah rasa sayang dengan cara pemakaiannya ketika berada di kem 3 hari 2 malam itu. memakai hand shocks dan stokin. subhanallah sepertinya hatinya telah disentuh dengan cahaya hidayah. cara pemakaian dia terus istiqamah tetapi program qiamullail yang dianjurkan payah sekali untuk dia dan rakan-rakannya pergi.

tetapi si DIa tetap cuba memujuk rakan-rakan perempuan sekelasnya untuk pergi ke program itu.tudung yang dahulunya hanya setakat melepasi dada dan asal bertudung kini dia amat cerewet memilih tudung. NIPIS? fail.. PENDEK?? fail..rasa cinta kepada agama dan dakwah sedikit demi sedikit mula bertapak dalam hatinya.alhamdulillah Allah telah memilih Dia dan 4 orang rakannya untuk mengikuti ISlamic Summer Camp. dari situ ke inginannya untuk berhijrah menjadi lebih baik semakin membuak dan Dia nampaknya semakin istiqamah datang ke program.ALhamdulillah. tapi dia sedari perubahan itu bukan untuk dirinya sahaja dalam tekadnya dia juga ingin membawa rakan-rakannya untuk berhijrah bersama.. dia tidak mahu mereka berjaya di dunia namun akhirat di abaikan..
manusia hanya wasilah yang memberi hidayah adalah ALLAH... 
siapa dia hamba Allah ini?? wallahu'alam .. *mungkin anda dapat meneka siapakah DIa? * 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 26, 2012

hijrah bukan milikku seorang


sahabatku,
andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya,

namun,
lumrah hidup manusia,
sering tergugat dan digugat,

dalam diam,
diri ini mengharap sebuah ikatan,
mengikat hati-hati kita menjadi satu,
kukuh dan kuatnya ia datangnya daripada kita

sahabat,
andai dirimu menyelami kisah ini,
ketahuilah dalam senyum tawaku,
ada tersurat dan tersirat

sahabat,
hijrah itu perlu perngorbanan,
jangan ditanya apa ini semua,
selami dan fahamilah ia..

semangat,diriku perlukan ia,bersama-sama dirimu.. 
allah adalah sebaik-baik perancang => 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Monday, December 17, 2012

coretan perjalanan (ISC)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(jawab salam ya ^_^)

pada kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca tentang pengalaman saya mengikuti program ISC.Sebenarnya kisah ini sambungan daripada kisah ini coretan perjalanan. jom selami kisah suka dan duka saya di kem tersebut.
eh hehehe maaf izza lupa menerangkan apa itu ISC.

biodata cik ISC: (selamat berkenalan :) )

nama diberi : Islamic Summer Camp
anjuran : Persatuan Siswazah Sabah
tarikh : 14-16 disember 2012 bersamaan 1-3 safar
tempat : KK  Adventure Park, Papar, Sabah
"remaja hari ini,pemimpin hari esok" 

islamic summer camp generasi 6

video di atas adalah lagu tema untuk kem ini. Seperti KRIS, izza juga pertama kali ikut ISC. Pada pendapat saya (chewah hehe) ISC ni macam kakak kepada KRIS, sebab kalau di KRIS kita belajar perkara basic dalam agama tapi untuk ISC kita akan belajar "apa itu dakwah" dan serba serbi tentang dakwah.oklah mari ikuti perjalanan izza.. (teruja SANGAT2x mahu berkongsi ni)

#perhatian: baca secara perlahan dan hayati..

pada hari pertama 14/12/12:

Sebelum memulakan perjalanan, kami KRU Tuaran berkumpul di Masjid An-Nur Tuaran. Pada jam 9 kami pun bertolak menuju ke tapak program di KK Adventure Park Papar  (WOW!) hehehe menggunakan Bas yang disewa.Sepanjang perjalanan pastinya izza dan 11 ahli yang lain pastinya teruja hendak sampai kerana tidak sabar menempuh kenangan baru. (pastinya kami menyediakan memori kad otak yang cukup untuk mengisi kenangan itu nanti hehehe) memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, 2 orang muslimin diturunkan untuk mengikuti rombongan muslimin ISC ke masjid kampung Beringis Papar untuk menunaikan solat jumaat. Muslimat pula sampai terus sahaja mendaftar, simpan barang di tempat penginapan lalu terus mengambil wudhu untuk menuanaikan solat zuhur berjemaah dan solat sunatnya.DI sini, kami diwajibkan menunaikan solat secara berjemaah (alhamdulillah 27x darjat tuuuu). kami dibahagikan kumpulan mengikut daerah yang berbeza daripada Tuaran -> Sipitang  (jauhhh tuuu)  seperti biasa, kami bertaaruf dan mengikuti aktivit berkumpulan (buat bendera kumpulan).kami juga di sajikan dengan taman syurga ^_^ iaitu  kuliah "kenapa saya perlu berdakwah".  hah apa macam ? best tak tajuknya? kuliah ni sememangnya AWESOME!!..kami di tudung sajikan dengan rukun dakwah, kaedah berdakwah dan kaedah fiqh dakwah. Jika dilaungkan ISC, kami harus menjawab: "dakwah itu cinta!!" beserta dengan gayanya.


pada hari kedua 15/12/12

dengan bersemangatnya, muslimat bangun seawal jam 2.40 pagi untuk berqiamulail dan sekali dengan solat subuh. selepas itu kami membuat aktiviti kumpulan tentang akidah. best, ada gambar ice berg dan nyatakan yang tersurat dan tersiratnya.fasilitator kami ada juga kongsikan 7 step untuk berdakwah. Maaf saya lupa nyatakan. Nama kumpulan saya ialah Maryam Jameelah iaitu seorang Sarjana Islam berketurunan Yahudi. seterusnya kami di tudung sajikan lagi dengan kuliah yang bertajuk "tujuan berorganisasi dalam islam" .Dari kuliah ini fahamlah saya bahawa berdakwah secara berjemaah sangat sangat sangat penting.
dan hendaklah wujud daripada kamu satu kumpulan yang menyeru kearah kebajikan. Mereka mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan merekalah di kalangan orang yang sentiasa berjaya.. (surah ali-imran: 104)
seterusnya kuliah daripada Abang fairuz, tajuknya pembinaan karakter dai'e. kuliah ini juga sangat BEST! sampai yang mengantuk pun segar bugar mata kerana petahnya abang fairuz berbicara.seterusnya solat zuhur dan bergambar bersama-sama Generasi ke-6 ISC.sedang para Ajk dengan susah payahnya menyusun atur barisan sehingga banyak kali camp com memberikan Denda hehehe tiba-tiba turunya hujan rahmat.bergambar sambil ditemani hujan. masuk ke dewan dikatakan dibatalkan JELAJAH DAKWAH. :'(.
dengan izin Allah hujan berhenti dan jelajah dakwah dimulakan. kami di lepaskan ke rumah penduduk sekitar untuk berkenalan. kumpulan Saya agak sukar menemui rumah.Akhirnya kami dapat menolong seorang makcik dan adiknya yang sibuk membuat persiapan untuk katering.kami meringankan sedikit kerja mereka.balik ke tapak program ramai sudah berkumpul di dewan. rupanya kami merupakan kumpulan yang lewat sampai. Camp Com bertanya kepada para peserta muslimin dan muslimat sama ada perlu di denda atau tidak dan mereka bekata TIDAK. subhanallah inilah namanya ukhuwwah.. pada sebelah malam kami ada pembentangan wakil setiap kawasan KRU dan Malam satu bintang (malam kebudayaan).tidak dilupakan pedebatan siapa salah diantara watak Dara, Uda, Juragan dan Petapa.wah memang hangat perbincangan siapa salah. Timbul rasa kagum dalam diri kepada yang berdebat.seolah-olah mereka ini pendebat yang hebat. WOW!!  gitu,

 pada hari last 16/12/12 

jika kemarin muslimat bersemangat bangun, pada subuh ini pula kami bangun terkejut pada jam 2.30 pagi. Disuruh ambil air wudhu dengan cepat lalu kata keramat diucap hehehe. Muslimat! cepat kumpul! dalam masa 20 saat! apa lagi berlarilah dari tandas ke tempat berkumpul ada juga yang tidak sempat mengambil wudhu. lalu Ajk akhirnya memberi kelonggaran 5 minit untuk mengambil wudhu dan telekung lalu berkumpul semula. Ingatkan ingin berqiamulail rupanya tanpa disangka ada kembara malam.setelah diberikan taklimat, dilepaskan muslimin seorang demi seorang dan muslimat bertiga dengan bertemankan bunyian ombak dan langit yang tidak berbulan serta sebatang lilin. saya berada di dalam kumpulan yang terakhir dan dengan kekuatan ukhwah kami pun memulakan perjalanan dan mencari objek putih untuk menunaikan solat tahujud. Akhirnya bertemu. Rupanya itu adalah Pocong.
Dalam hati Dup dap Dup dap sudah. Namun kami teruskan juga bersolat dihadapannya. Lalu meneruskan perjalanan dengan zikir.Terlalu asyik dengan zikir kami terlepas tempat yang sepatutnya untuk berkumpul. sehingga ada kakak fasilitator mengejar kami. hehehe.kami dikumpul di pantai untuk dan menunggu masuk waktu subuh.kami disajikan pemandangan laut yang luas dan langit yang bertaburan bintang lantas terasa kerdilnya diri di hadapan Allah.Waktu menuggu saya isi dengan zikir dan tanpa diduga air mata mengalir deras terasa sayu apabila terfikir pengajaran daripada kembara tersebut. tsk tsk :"( mendapat pengalaman baru. Kami bersolat di atas pasir pantai yang suci. Terasa nikmatnya ibadah dan duduk mendengar kuliah subuh.selepas itu kami ada aktiviti "amaizing race" pergi ke check point tertentu berpandukan klu. Paling diingati ketika disuruh merebus telur dalam tanah dalam masa 15 minit. lepas itu makan telur tadi tidak kira masak atau tidak dan telur kami tidak masak lansung terpaksalah kami bertujuh telan sampai habis telur sebiji tu.Inilah pengalaman paling berharga.

Di setiap check point kami juga mendapat ilmu dan pengajaran daripada setiap permainan.Habis Game kami diberi masa untuk berkemas dan berkumpul untuk majlis penutupan (rupanya mau penghujung sudah :""() ) majlis penutup pula ketika mendengar ucapan kelopak mata terasa sangat berat. kawan kumpulan memberi bantuan mengurut untuk hilangkan kantuk. terasa indahnya ukhuwah. saya pula urut kawan depan.
KUmpulan KAmi MEnang KUmpulan YAng PaliNG AKTIF. heheh KANAK-KANAK RIBENA!!

seterusnya lambaian ukhuwah. rasa sayu bertendang bertandang. kami melaungkan doa wehdah lalu bersalaman.kami pulang dengan membawa kenangan yang baru. bersolat di pantai dan bermacam lagi..


bahan amanah yang perlu di bawa setiap masa.
habis sudah perkongsian pengalaman walaupun kalau mau diterangkan semuanya pasti bosan membaca kerana terlalu panjang. akhir kata, DAKWAH ITU CINTA!! maafkan andai ada salah dan silap. :)
"kenangan tidak akan dapat di padam kecuali kita yang melupakannya"

hari-hari turun kesawah,
hari-hari perlu berdakwah,

hehehehehe jazakallahu khairan sudi membaca pengalaman saya.

33 Muslimin & 72 Muslimat. AJK seramai 41 orang & Fasilitator 21 orang.ISC G6 menggabungkan peserta dari KRU dari 7 buah kawasan (Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Beaufort & Sipitang).

* masa malam satu bintang memandangkan kami berada dekat dengan pantai, sedang khusyuk melihat persembahan tiba-tiba ketam yang besar (boleh masak sudah heheh) sesat masuk dewan apalagi gamat satu dewan terkejut lebih-lebih lagi muslimat sebab ketam tu lalu dekat kawasan muslimat heheh best moment ^_^

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, December 12, 2012

indahnya sebuah ukhwah

kemarin pada tanggal 11/12/12 (01:00 PM) saya ada dapat satu sms ni:
"Diriwayatkan sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila mati salah seorang daripada mereka, maka masuklah kedalam syurga. Tidak akan masuk syurga melainkan ia mencari saudaranya dan ia berkata "wahai tuhanku di mana sahabatku yang aku kasihi kerana allah? aku ingin masuk syurga bersamanya". Maka masuklah dia ke dalam syurga bersamanya.
Allah menyaksikan kasih sayang mereka kerananya. Maka perbanyakkanlah kasih sayang kerana Allah :)"" 
saya dapat sms ni daripada seorang ukhti. saya tidaklah rapat dengan ukhti tu.Saya kenal kakak tu daripada usrah yang dibuat setiap hari jumaat (itupun kalau tidak cuti). Terkejut juga bila dapat sms ni.Saya tidak dapat balas sms ni sebab tidak ada KREDIT. maaf ya kak. seperti tajuk di atas, marilah ulas sedikit tentang ukhwah. (harap ditegur jika ada salah dan silap)

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya)."
 (Hadis Riwayat Muslim) 
Ukhuwah sememangya satu kurniaan Allah yang sangat indah dan lebih indah jika dibina atas dasar cintakan Allah.Ungkapan ‘Ukhuwah Fillah’ sememangnya sangat besar dan mendalam maknanya. Ia bukan bermaksud sebuah persahabatan yang biasa, malah lebih dari itu.*‘Bersaudara kerana Allah'*
Definisi "bersaudara kerana Allah" terlalu bersar maknanya. Bukan terbitnya hanya daripada ucapan namun hadirnya harus daripada hati yang suci. Bertemu kerana Allah dan Berpisah juga kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

KENAPA HARUS KERANA ALLAH?? 

Hanya ada satu sebab. Apabila dengan kita bersahabat kerana-NYA, maka seikhlas hati dan sepenuh jiwa kita sandarkan kerana inginkan REDHA ALLAH. Kita tidak akan berpura-pura, berlakon, mahupun mementingkan diri sendiri dalam bersahabat dengannya kerana matlamat telah jelas hanya kerana ILAHI bukan semata-mata kerana kepentingan duniawi.

Buktinya, sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya, beliau akan menolongnya”

Sesungguhnya ikatan aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam.

setiap manusia akan ditimpa ujian. jika tibanya waktu itu, bersangka baiklah dan berlapang dada. itulah namanya ukhuwah KERANA ALLAH. 

Cahaya Di Atas Cahaya! 

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.

Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)
( Hadith Riwayat Ahmed)

Subhanallah… Akhir kata, jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya di atas cahaya.!

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafie)

maafkan saya andai ada salah dan silap dalam penulisan. saya juga akan berusaha menjadi sahabat yang terbaik buatmu wahai sahabat-sahabatku. 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif