Wednesday, December 26, 2012

hijrah bukan milikku seorang


sahabatku,
andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya,

namun,
lumrah hidup manusia,
sering tergugat dan digugat,

dalam diam,
diri ini mengharap sebuah ikatan,
mengikat hati-hati kita menjadi satu,
kukuh dan kuatnya ia datangnya daripada kita

sahabat,
andai dirimu menyelami kisah ini,
ketahuilah dalam senyum tawaku,
ada tersurat dan tersirat

sahabat,
hijrah itu perlu perngorbanan,
jangan ditanya apa ini semua,
selami dan fahamilah ia..

semangat,diriku perlukan ia,bersama-sama dirimu.. 
allah adalah sebaik-baik perancang => 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

2 comments:

  1. Indahnya Islam.Kerana ia mengajar kita untuk menjalinkan ikatan ukhuwah fillah :)

    ReplyDelete
  2. Betapa Allah menyayangi setiap hamba-hambaNya yang sentiasa bersujud memohon ampun padaNya.Menangis kerna dosa-dosa yang ia lakukan.
    "Tadahkan lah tanganmu untuk memohon cinta cintaNya"...

    ReplyDelete