Wednesday, December 12, 2012

indahnya sebuah ukhwah

kemarin pada tanggal 11/12/12 (01:00 PM) saya ada dapat satu sms ni:
"Diriwayatkan sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila mati salah seorang daripada mereka, maka masuklah kedalam syurga. Tidak akan masuk syurga melainkan ia mencari saudaranya dan ia berkata "wahai tuhanku di mana sahabatku yang aku kasihi kerana allah? aku ingin masuk syurga bersamanya". Maka masuklah dia ke dalam syurga bersamanya.
Allah menyaksikan kasih sayang mereka kerananya. Maka perbanyakkanlah kasih sayang kerana Allah :)"" 
saya dapat sms ni daripada seorang ukhti. saya tidaklah rapat dengan ukhti tu.Saya kenal kakak tu daripada usrah yang dibuat setiap hari jumaat (itupun kalau tidak cuti). Terkejut juga bila dapat sms ni.Saya tidak dapat balas sms ni sebab tidak ada KREDIT. maaf ya kak. seperti tajuk di atas, marilah ulas sedikit tentang ukhwah. (harap ditegur jika ada salah dan silap)

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya)."
 (Hadis Riwayat Muslim) 
Ukhuwah sememangya satu kurniaan Allah yang sangat indah dan lebih indah jika dibina atas dasar cintakan Allah.Ungkapan ‘Ukhuwah Fillah’ sememangnya sangat besar dan mendalam maknanya. Ia bukan bermaksud sebuah persahabatan yang biasa, malah lebih dari itu.*‘Bersaudara kerana Allah'*
Definisi "bersaudara kerana Allah" terlalu bersar maknanya. Bukan terbitnya hanya daripada ucapan namun hadirnya harus daripada hati yang suci. Bertemu kerana Allah dan Berpisah juga kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

KENAPA HARUS KERANA ALLAH?? 

Hanya ada satu sebab. Apabila dengan kita bersahabat kerana-NYA, maka seikhlas hati dan sepenuh jiwa kita sandarkan kerana inginkan REDHA ALLAH. Kita tidak akan berpura-pura, berlakon, mahupun mementingkan diri sendiri dalam bersahabat dengannya kerana matlamat telah jelas hanya kerana ILAHI bukan semata-mata kerana kepentingan duniawi.

Buktinya, sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya, beliau akan menolongnya”

Sesungguhnya ikatan aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam.

setiap manusia akan ditimpa ujian. jika tibanya waktu itu, bersangka baiklah dan berlapang dada. itulah namanya ukhuwah KERANA ALLAH. 

Cahaya Di Atas Cahaya! 

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.

Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)
( Hadith Riwayat Ahmed)

Subhanallah… Akhir kata, jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya di atas cahaya.!

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafie)

maafkan saya andai ada salah dan silap dalam penulisan. saya juga akan berusaha menjadi sahabat yang terbaik buatmu wahai sahabat-sahabatku. 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment