Sunday, December 8, 2013

my love at kelantan

Saya merupakan anak jati negeri sabah.saya dilahirkan dan dibesarkan di sana.
 Cuti sekolah bermula dan saya telah diberi keizinan daripada kedua ibubapa untuk mengikuti keluarga sahabat saya pulang ke kampungnya nun jauh di semenanjung malaysia.saya belum pernah menjejakkan kaki ke sana tapi apa yang saya tahu negeri itu subur dengan islam. Tidak seperti negeri tempat saya dilahirkan, islam kebanyakkannya hanya pada kad pengenalan semata-mata. 

Tanggal 24 november 2013 tanggal keramat di mana pertama kalinya saya menjejakkan kaki di negeri. kelantan.saya ke sini hanya untuk bercuti dan melihat negeri orng. Tempoh 2 minggu saya manfaatkan untuk memerhati persekitaran negeri ini. Kini masa untuk pulang ke negeri asal semakin hampir dan hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Tapi hati ini tiba-tiba sayu dan rasa cinta terhadap negeri ini semakin mekar.  


Negeri ini jauh bezanya berbanding negeri saya.di sini dimana-mana ada papan tanda tarbiyah. Subhanallah. Orang-orang di sini juga kebanyakkan penuh ilmu di dada. jika pergi ke kedai buku, kanak-kanak di sini lebih memilih buku cerita islamik contohnya: buku cerita tentang para sahabat dan cerita-cerita haiwan di dalam al-quran. 


Di negeri ini, jalan sahaja pasti akan  ada surau dan masjid.setiap waktu solat pasti ramai pemuda menyahut seruan ilahi dan segera ke surau yang berdekatan. Sukar mencari gereja di sini. Papan tanda kedai juga kebanyakkannya menggunakan bahasa jawi.saya tidak tahu kenapa Allah titipkan perasaan ini dalam diri saya.pasti allah ada perancangannya.ini baru negeri kelantan.
owh.. patutlah ahmad ammar boleh sayangkan syiria sebaik sahaja dia menetap di sana walaupun hanya sekejap bagi misi kemanusiaan.sehingga di sungguh-sungguh mahukan syahid. Seandainya saya boleh pinjamkan kepada awak apa yang saya rasa.. ya Allah hanya allah yang mengetahui.hanya sekadar coretan.
Indahnya andai seluruh Malaysia menjadi seperti ini.. pasti tidak berlakunya pelbagai gejala sosial..kerana penduduknya penuh dengan tarbiyah. ALLAHUAKBAR!

hati ini telah terpaut pada indahnya atmosfera negeri ini.. <3 Kltn

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, September 28, 2013

persediaan imthan

assalamualaikum... lamanya tidak update blog. maklumlah dilanda kesibukan. memandangkan pada tahun ini saya antara salah satu calon PMR. 2 minggu terakhir sebelum pmr semakin giat usaha dilakukan. persiapan akhir untuk menghadapi peperangan :)

walaupun senyuman terukir dan tawa bergema tapi  dalam hati hanya allah yang tahu macamana risaunya kami .Alahai kadangkala terfikir juga kalau PMR begini rasanya macam mana kalau SPM hermm... this is the second stage after upsr.
kepada para sahabat yang sama nasib seperti ku hehe walaupun kita sibuk mengulangkaji dan melakukan perlbagai usaha untuk menghadapi pmr pada minggu hadapan ( 2.10.2013) saya nasihatkan jangan sesekali kita lupakan allah. Ibadat pun harus ditinggkatkan ya. bukannya mau jadi hipokrit buat ibadah masa susah, tapi siapa tahu ibadat yang kita lakukan itu titik mula kita semakin dekat kepada Allah.. 
jika nanti kejayaan yang kita dapat, maka 2 kejayaan lah yang kita perolehi pertama kejayaan dalam peperiksaan kedua kejayaan menjadi hamba allah :) 
4 hari lagi sebelum menjelmanya hari itu.. ya allah hanya kepadamu aku memohon dan bergantung harap. doakan saya ya pembaca :) doakan kami agar diberi ketenangan dan kemudahan semasa menjawab nanti ;)

اتمنى النجاح في التقييم الثانوي المتوسط


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Wednesday, May 29, 2013

tawakal kepada allah

solat itu mencegah kemungkaran. sekiranya kemungkaran masih berlaku bermakna solat tidak diterima. Oleh itu, haruslah sentiasa muhasabah dan memohon keampunan kepadanya. sesungguhnya dia maha pengampun. 
kata-kata diatas dipetik daripada sebuah pages di facebook. allahu rabbi. memanglah diterima atau tidak siapalah kita untuk menilai tetapi sekurang-kurangnya ayat tersebut menusuk hingga ke dasar qalbu saya.
subhanallah indahnya cara Allah mentarbiyah melalui cara paling lembut.


sungguh lemah, rapuh. jika pokok sahaja yang baru tumbuh jika dicabut semestinya tercabut terus bersama akarnya. begitulah juga diri yang baru mulah melangkah ke medan juang ini. berkenaan hati.... lemahnya kemampuannya menahan gelodak nafsu remaja.. apalagi kalau bukan berkenaan "perasaan". astaghfirullah... kuatkan dirimu wahai seorang insan bernama izza . . .
"Kalau kita sayangkan sesorang itu , pastikan kita berusaha supaya dapat selamatkan seseorang itu dari azab api neraka dan mampu ke syurga"   
maaf andai terasa.namun kita punya Allah punya dia untuk bergantung tawakkal.walau bagaimana sekalipun kita rancang sesuatu itu dengan baik tapi perancangan Allah siapa yang tahu dan sesungguhnya perancangan allah itu lebih baik kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi apa yang kita perlu.
jika saya menjauh atau terkasar mahupun menyakitimu ketahuilah saya sedang menjaga apa yang sepatutnya kita jaga.semoga kita menjadi seorang muslim yang benar-benar bukan hanya pada surat beranak mahupun kad pengenalan. 

tidak percayakah pada kekuasaan allah? kalau kita ikut kebaikkan pasti ada hikmahnya.  
sesiapa yang menahan dirinya daripada melakukan seusatu yang haram maka Allah akan memberinya daripada jalan yang halal.
tolong fahami kerana apa saya menjauh untuk mejaga jarak....... 
maaf andai ada salah dan silap dalam coretan harap di tegur :) 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, April 28, 2013

Mencari Punca Memecah Rasa


.5 "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

Siapa pernah mengalami perasaan suatu masa dahulu. Suatu masa dahulu yang begitu indah. Saat-saat menemukan cahaya, dan baru tersedar selama ini dia bukan dalam kesamaran sebenarnya. Tapi dia berada dalam kegelapan dunia sendiri. Maka kerana itu apabila bertemu cahaya yang memperlihatkan tangan-tangan Tuhan, dia menjadi begitu teruja dan bahagia.
Bangun solat diwaktu malam itu adalah saat yang dinanti-nanti. Terasa bahagia bercakap-cakap dengan Allah Ta’ala. Kita bebas menjadi diri kita tanpa bersembunyi dihadapan-Nya; menangis, tersenyum. Mengadu sedih juga mengadu gembira. Pada waktu itu, setiap tingkah selalu teringat Allah. Setiap masa, di mana-mana.
Siapa pernah mengalami? Saya pernah. Dan jujur, saya yakin kalian juga pernah.
Waktu berlalu.Angka-angka pada kalendar menunjukkan perubahan demi perubahan. Eh, bukan angka-angka itu sahaja sebenarnya yang berubah. Diri kita pun sama. Dan saat itu, baru tersedar. Kita sepertinya kehilangan.Tapi apa? Apa yang kita lupa dan tidak ingat?
Selalu baca buku-buku agama, ya. Solat lima waktu, ya. Berkawan dengan orang-orang yang soleh dan solehah, ya. Memberi nasihat dan teguran juga menerima nasihat dan teguran, ya. Jadi apa yang kurang ya?

Kehilangan Rasa Manisnya Keakraban

saya merasai keterujaan untuk bangun solat pada waktu di malam hari itu sudah tidak lazat seperti sebelum-sebelum ini. Saya terjaga, saya bingkas bangun. Menuju bilik air menyucikan diri. Sampai saatnya saya berdiri di atas sejadah, saya tidak merasa ‘sesuatu’. Saya benar-benar terduduk saat itu dengan rasa sendiri.
Dan saya, menangis disaksikan oleh-Nya atas sebab tidak merasa ‘sesuatu’ itu.
Tidak perlu mencari jauh sebab-sebab saya merasa semua itu. Saya perlu tengok diri sendiri. Macam manakah diri saya ini sebenarnya? Kenapa saya jadi semacam ini? Kenapa jiwa semakin manja dengan dunia?
Adakah saya sudah selesa kerana berada di atas jalan hidayah? Tidak!
Wahai Tuhan, ampunilah diri ini jika pernah merasa sedemikian. Sungguh sangat tidak layak untuk merasa sedemikian. Wallahi. Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bagaimanakah diriku. Baik keburukanku dan juga kelemahanku.

Mencari Punca Memecah Rasa

takut menjadi semakin parah lalu saya mencari bahan untuk muhasabah di internet lalu terjumpa sebuah blog. MasyaAllah saya tersentap membaca ayat-ayatnya. Malah ayat-ayat di atas juga adalah hasil nukilan penulis blog tersebut. dia telah meminta nasihat daripada sahabatnya dan ya Allah sungguh hebat nasihat tersebut..
“Sekali kita dapat cinta Allah, kita akan dapat. Dan antara tugas kita ialah untuk baja cinta tu. Kalau kita dah dapat, tapi kita tak jaga dengan baik, nanti suatu hari tak mustahil kita akan kehilangan cinta tu. Kita kena selalu refresh hati..” 
ibunya juga berpesan :  “Zikir-zikir selalu bacakah walau pi mana-mana?” Oh snap! Soalan itu menamparku. 

diperlukan untuk zikir itu adalah kekuatan rohani yang berhubung dengan kecintaan kepada Allah Ta’ala.
Puncanya dari manusia itu sendiri. Dari saya, diri saya sendiri.



Masih Terus Memperbaiki Iman
jalan ini masih terlalu panjang untuk menggapai syurga. Masih terlalu jauh untuk sampai ke destinasi. Maka bagaimanakah diri kita ini sudah boleh merasa terlalu selesa dengan secebis cahaya hidayah yang Allah Ta’ala berikan kepada kita?
Kita tahu dan kenal diri kita sendiri. Dan untuk itu, malulah kita.
Bagaimanakah kita mahu tengok ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita untuk ke syurga bersama-sama kita, seandainya kita sendiri yang tercicir dari mereka? Bagaimana bisa melangkah ke dalam syurga bersama-sama?
Untuk rasa-rasa sebegini, penyucian hati sangat diperlukan sebenarnya.
Mari lihat kembali diri kita. Maka kita akan tahu lubang-lubang dosa yang menyebabkan kita merasa hal-hal yang sedemikian. Cukuplah, kita bicarakan asbab lubang-lubang dosa itu dengan Allah SWT. Akuinya semua di depan Dia.
Dia Maha Sabar Mendengar dan Mengampuni.
Semoga Allah, masih sudi menghidupkan hati-hati yang kekeringan ini.
Semoga Allah, masih sudi memegang hati-hati yang selalu keras dan degil ini.
Semoga Allah merahmati.

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Thursday, April 25, 2013

seindah mawar berduri


ya allah, 
jadikanlah kami seperti mawar,
mawar berduri dicelah rimbunan daun,
tersisip indah tanpa sentuhan bahaya, 

matlamat serta impian,
mendorong akal dan nafsu berebut,
angan-angan kosong menjelma tanpa diundang,
namun iman menyedarkan diri,

bangkitlah mawar berduri,
teruskan langkah perjunganmu,
jangan hentikan perjalanan kembaramu,
bawalah bekalan iman dan takwa,

ujian dan dugaan hadapinya dengan tenang,
DIA menyayangimu,
DIA berikan bekal terindah,

wahai serikandi agama,
jagalah niat,
jagalah akhlakmu serta amalmu, 
jauhkan dirimu daripada kecundang,
ingatlah agamamu memerlukanmu,
ingatlah.... ALLAH ada dalam setiap hembus nafasmu
wahai srikandi agama..
jagalah dirimu sebaiknya seindah mawar berduri

aku merindukan kedatangan itu suatu hari nanti... persiapkan dirimu...

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Saturday, March 9, 2013

perjalanan menuju kebahagiaan


TARBIYAH DARI TUHAN

Ku rasakan ada air hangat meluncur jatuh dari empangan air mata yang kian pecah..
Terus ku panjangkan sujud tatkala merasa diri semakin lemah… menghitung diri di hadapan Kekasih Hati..mengadu segala apa yang terbuku didada…yang terpendam di hati..yang tidak mampu dimengerti insan biasa…jua mendamba kasih tatkala dahagakan kasih sayang-MU, memohon maghfirah merayu simpati meminta dari-MU..
di kala mulut tidak mampu berkata-kata..hanya iman dan hati ku biarkan meluah bicara..
mengukir segala rasa yang hanya dimengerti Tuhan yang Esa..

Oh tuhan,pimpinlah hamba-MU yang lemah ini…
Ya Allah..aku mohon agar diberikan secalit kekuatan..
untukku menerima ‘hadiah’ tarbiyah dari-MU
agar aku tidak lelah dipertengahan jalan yang masih panjang..
agar aku tidak terus jatuh tatkala aku berlari menuju-MU
agar aku merasakan Engkau sentiasa disampingku..menemaniku..
agar aku mengerti bahawa aku masih memiliki-MU
aku bersyukur pada-MU
kerana Engkau tidak pernah meninggalkanku sendirian..
kerana Engkau menyedarkanku akan hakikat kerdilnya diri ini..
kerana Engkau tidak pernah melupakanku..
kerana secebis kasih-MU masih ada buatku..
dan sesungguhnya dugaan itu adalah hadiah paling berharga
untuk membentuk diriku
agar terus cekal..terus tabah..tanpa mudah lemah..

Itulah tarbiyah dari Sang Pencipta..menghadiahkan diri ini ujian demi ujian agar aku tidak terus lena dan segera kembali kepada-NYA…terima kasih tuhan kerana membelaiku dengan penuh kasih sayang-MU..

(copypaste)

jiwaku kehausan,diriku semakin lemah dalam perjalanan jauh yang ku tempuhi.. aku merintih menangis mencari bekalan yang hilang sepanjang perjalanan.. aku mengharap untuk bertemu oasis di tengah kegersangan ini... 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Friday, February 22, 2013

indahnya ujian itu




siapa kata perjalanan ini mudah? 
tanpa lekuk tanpa simpang..
tanpa ujian, tanpa rintangan, 
tiadalah makna sebuah pengorbanan...

dari sana aku merasa peritnya rasa,
jauh dalam diriku kesedihan mendatang tanpa diundang..
rasa apakah itu?
dari manakah ia?
jika dahulu tika sahabatku merasa perkara yang sama,
ungkapan sabar mudah diucapkan...
namun kiniku mengerti,
ucapan sabar itu ungkapan buat yang belum merasa.. 

ya Allah beriku kekuatan,
beriku rasa keikhlasan dalam menempuh ujian ini,
tatkala ia datang menjelma lagi, 
ku harap sabar itu lebih dari sekadar ungkapan....  

tika jatuh berdiri lah sekuat dan semampu dirimu..
tika tidak berdaya peganglah kekuatan yang masih tersisa..
belajar menghargai setiap ketetapan... 
janji Allah itu pasti....

YES,ALLAH KNOWS.ALLAH KNOWS YOU'RE TIRED.ALLAH KNOWS IT IS DIFFICULT FOR YOU.ALLAH KNOWS YOU'RE SQUEEZING YOU LAST DROP OF ENERGY. BUT YOU MUST ALSO KNOWS THAT ALLAH WOULD NEVER PLACE YOU IN A SITUATION THAT YOU CAN'T HANDLE...

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif