Wednesday, May 29, 2013

tawakal kepada allah

solat itu mencegah kemungkaran. sekiranya kemungkaran masih berlaku bermakna solat tidak diterima. Oleh itu, haruslah sentiasa muhasabah dan memohon keampunan kepadanya. sesungguhnya dia maha pengampun. 
kata-kata diatas dipetik daripada sebuah pages di facebook. allahu rabbi. memanglah diterima atau tidak siapalah kita untuk menilai tetapi sekurang-kurangnya ayat tersebut menusuk hingga ke dasar qalbu saya.
subhanallah indahnya cara Allah mentarbiyah melalui cara paling lembut.


sungguh lemah, rapuh. jika pokok sahaja yang baru tumbuh jika dicabut semestinya tercabut terus bersama akarnya. begitulah juga diri yang baru mulah melangkah ke medan juang ini. berkenaan hati.... lemahnya kemampuannya menahan gelodak nafsu remaja.. apalagi kalau bukan berkenaan "perasaan". astaghfirullah... kuatkan dirimu wahai seorang insan bernama izza . . .
"Kalau kita sayangkan sesorang itu , pastikan kita berusaha supaya dapat selamatkan seseorang itu dari azab api neraka dan mampu ke syurga"   
maaf andai terasa.namun kita punya Allah punya dia untuk bergantung tawakkal.walau bagaimana sekalipun kita rancang sesuatu itu dengan baik tapi perancangan Allah siapa yang tahu dan sesungguhnya perancangan allah itu lebih baik kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi apa yang kita perlu.
jika saya menjauh atau terkasar mahupun menyakitimu ketahuilah saya sedang menjaga apa yang sepatutnya kita jaga.semoga kita menjadi seorang muslim yang benar-benar bukan hanya pada surat beranak mahupun kad pengenalan. 

tidak percayakah pada kekuasaan allah? kalau kita ikut kebaikkan pasti ada hikmahnya.  
sesiapa yang menahan dirinya daripada melakukan seusatu yang haram maka Allah akan memberinya daripada jalan yang halal.
tolong fahami kerana apa saya menjauh untuk mejaga jarak....... 
maaf andai ada salah dan silap dalam coretan harap di tegur :) 

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment