Sunday, December 8, 2013

my love at kelantan

Saya merupakan anak jati negeri sabah.saya dilahirkan dan dibesarkan di sana.
 Cuti sekolah bermula dan saya telah diberi keizinan daripada kedua ibubapa untuk mengikuti keluarga sahabat saya pulang ke kampungnya nun jauh di semenanjung malaysia.saya belum pernah menjejakkan kaki ke sana tapi apa yang saya tahu negeri itu subur dengan islam. Tidak seperti negeri tempat saya dilahirkan, islam kebanyakkannya hanya pada kad pengenalan semata-mata. 

Tanggal 24 november 2013 tanggal keramat di mana pertama kalinya saya menjejakkan kaki di negeri. kelantan.saya ke sini hanya untuk bercuti dan melihat negeri orng. Tempoh 2 minggu saya manfaatkan untuk memerhati persekitaran negeri ini. Kini masa untuk pulang ke negeri asal semakin hampir dan hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Tapi hati ini tiba-tiba sayu dan rasa cinta terhadap negeri ini semakin mekar.  


Negeri ini jauh bezanya berbanding negeri saya.di sini dimana-mana ada papan tanda tarbiyah. Subhanallah. Orang-orang di sini juga kebanyakkan penuh ilmu di dada. jika pergi ke kedai buku, kanak-kanak di sini lebih memilih buku cerita islamik contohnya: buku cerita tentang para sahabat dan cerita-cerita haiwan di dalam al-quran. 


Di negeri ini, jalan sahaja pasti akan  ada surau dan masjid.setiap waktu solat pasti ramai pemuda menyahut seruan ilahi dan segera ke surau yang berdekatan. Sukar mencari gereja di sini. Papan tanda kedai juga kebanyakkannya menggunakan bahasa jawi.saya tidak tahu kenapa Allah titipkan perasaan ini dalam diri saya.pasti allah ada perancangannya.ini baru negeri kelantan.
owh.. patutlah ahmad ammar boleh sayangkan syiria sebaik sahaja dia menetap di sana walaupun hanya sekejap bagi misi kemanusiaan.sehingga di sungguh-sungguh mahukan syahid. Seandainya saya boleh pinjamkan kepada awak apa yang saya rasa.. ya Allah hanya allah yang mengetahui.hanya sekadar coretan.
Indahnya andai seluruh Malaysia menjadi seperti ini.. pasti tidak berlakunya pelbagai gejala sosial..kerana penduduknya penuh dengan tarbiyah. ALLAHUAKBAR!

hati ini telah terpaut pada indahnya atmosfera negeri ini.. <3 Kltn

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment