Tuesday, June 3, 2014

jenguk @ tinjau

twink!twink! i'm home.. yeah finally *teruja lerh punya pasal. :D
perh sejarah hidup asramaku, sangat lama tidak tengok bumi tuaran ni.. 
apapun gatai pula jari jemari ni mau taip something dekat blog ni..lama sangat dah tidak update.. habuknya setebal kamus oxpod dah ni fuhh.. 
berbalik kepada sekolahku~ sedar tak sedar tup.tup dah, 4 buln saya d sana dan alhamdulillah sedikit demi sedikit membuka ruang di hati ini untuk menyayanginya..amboi jangan fikir lain-lain ya,..

jual-jual masa karnival voktek BURGEMBIRA!!
tu.. tengok atas tu hah.. kanak-kanak (ermmm ^_^) yg buat saya happy tinggal di sana .. berlari-lari turun bukit..perh main kapal trbang kertas... n macm2 lagi lah.

sedia dipimpin untuk memimpin 
harh yang tu pula masa nadwah kepemimpinan islam hari tu.. peringkat negeri sabah..

canopy walk at poring hot spring, 
walaupun kami berskirt dan bukannya seluar.. bukan masalah besar weii.. laju jer kita orang memanjat sana sini.. rupanya sedikit-dikit saya sudah mula mencipta pelbagai kenangan macam  dekat sekolah lama..not bad ok..


baru selesai jadi fasilitator di kem bestari solat di saint francis xavier.. ada sorang adik tahun enam tu saya tanya dia "nanti besar fahmi mau jadi apa?" sekali dia jawab "saya mau jadi doktor al hafiz"  subhanallah sungguh besar cita-citanya kita doakan supaya dia dapat capai impiannya insyaAllah :)
 saya rasa, cuba,try test, sampai sini dululah buat kali ni ya..  saja jer mau tulis-tulis ni untuk buang segala habuk2 yang dah bertimbun dekat blog ni ok lah..ilalliqha..


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Sunday, February 2, 2014

from SMK to SMKA


keputusan PMR 2013 telah diumumkan dan alhamdulilah walaupun tidak mencapai target tapi saya yakin itulah yang terbaik Allah titipkan buat saya.Saya memohon untuk masuk ke SMKA Keningau.Allah gerakkan hati saya untuk memohon sekolah tu.sementara waktu saya bersekolah di sekolah lama saya. 22/1/2014 saya terima surat tawaran dan pada 24/1/2014 saya telah pun sah menjadi murid SMKA Keningau.

Menuntut 'ILMU adalah TAQWA
Menyampaikan 'ILMU adalah 'Ibadah
Mengulang 'Imu adalah ZIKIR
Mencari 'ILMU adalah JIHAD.
 2 orang sahabat saya juga berpindah bersama-sama saya.Disana Allah uji saya apabila sahabat2 baik saya tidak ikut berpindah jadilah saya berkeseorangan di kelas 4 mujtahid(sains). saya hampir rebah pada mulanya dan bercadang untuk pindah ke sekolah lama tapi saya kuatkan hati bahawa ini takdir saya! Allah merancang "sesuatu" untuk saya. lagipun inilah yang saya peroleh daripada istikharah inilah yang Allah tunjukkan. saya ingin selalu mendapat tarbiyah dan di sana rohani saya makan makanan bersih setiap hari. pengorbanan bangun seawal 3.30 pagi itu bukanlah satu masalah. kerana Allah yang kuatkan saya.



sekarang baru masuk 2/2/2014 masih baru sangat saya di sekolah itu. saya kuat kerana Allah yang tolong. 
arhh sayaa tak sangguupp tapi,  Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286 
suatu hari nanti Allah pasti tunjukkan kenapa saya ditempatkan di sekolah itu. pergi ke sekolah itu merupakan suatu pengorbanan kerana sekolah tersebut jauuhhh daripada daerah kelahiran saya.semua murid SMKA Keningau di WAJIBkan tinggal asrama.. tapi sekolah tu cantik,luas, setiap hari dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah.
kuatkan hati awak jika awak berada dalam situasi saya. kuatkan hati jangan pindah sekolah, jika rasa tidak sanggup sudah, buat solat sunat mengadu pada Allah ... pasti akan ditunjukkan jalan yang terbaik buat kita.  
SMKA: sekolah menengah kebangsaan Agama Sentiasa Mencari Keredhaan Allah :) 


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

Friday, January 17, 2014

masihkah nama itu menggetarkan jiwamu?

 
ALLAH 
masihkah nama itu menggetarkan hatimu? membuatnya lamat-lamat mengidung dzikir dan melirihkan du’a, saat berdiri, duduk dan berbaring?
ALLAH  
masihkah nama itu menggetarkan hatimu? dan kalamNya yang mesra syahdu mengukuhkan jiwamu menghadapi segala yang durjana dan palsu? 
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? menghanyutkan hati dalam sebanjir rindu? menenggelamkan akal dalam segelombang renung? 
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? mengalihkan kebahagiaannya sampai tak terhingga? membagi kegalauannya sampai tak bersisa?
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? menambah iman yakinnya hingga utuh dan penuh? mengurangi syak ragunya hingga tertapis habis? 
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? menjadikannya terjaga berkecam takut, tergugah gerisik harap, tergerak oleh debar cinta? 
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? membuat teguh berkebenaran walau dikecewakan dunia dan berani berjuang suci meski sunyi?
ALLAH masihkah nama itu menggetarkan hatimu? membuat lisanmu kuasa mewartakan kebenaranNya, tangan dan kakimu kuat menebar kebajikanNya?

ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif