Sunday, May 10, 2015

rehatlah dikau pejuang agama

tengok phone ada sms dari sahabat "assalam..abg shazwan sdh meningal".. ya Allah.. tengok berita dari wasap bagai tidak percaya. seolah-olah itu adalah khabar angin.
saya masih ingat kali pertama berjumpa dan berprogram bersamanya di Islamic Summer Camp 2012. Akh shazwan pada ketika itu menjadi camp com. tegasnya mentarbiyah peserta ketika itu membuatkan saya kagum, memandangkan pada ketika itu saya baru sahaja memasuki medan tarbiyah islamiah. selepas itu banyak lagi program anjuran PSS dan KRU Tuaran,dan setiap kali itulah saya akan mellihatnya. 
timbalan pengerusi pss tuaran 2013/14 -akh shazwan-
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa 
last tahun lepas jumpa dengan akhi masa reunion pss dan kru tuaran. Dia kata masa bagi perkongsian "cita-cita ana mau jadi pentamrin tetap"
masa sesi tukar hadiah saya dapat namanya. tapi masa tu almarhum tiada bawa hadiah then dia kata "nanti ana bagi masa qiam bulan 1" tapi kekangan masa kerana saya sekolah di keningau sampai sekarang dan kini saya mengerti, ini adalah hadiah "istimewa' darinya..

                                                   perbualan akhi shazwan bersama akhi razly                                                
akh shazwan, terlayar ditubir mata saat senyuman kau hadiahkan, saat tarbiyah kau hidangkan, masih segar waktu kali terakhir kita berprogram,"cita-cita: pentamrin tetap".. akh cemburu lihat perginya akhi sebagai pejuang agama, akhi pergi menunaikan cita-cita tertinggi kita semua "al-mautu fi sabilillah"  kehilangan akhi menghidupkan hati-hati kami,.. 
perjuanganmu, akan disambung oleh generasi seterusnya, damailah di sana, bersama jaminan bahagia atas perjuanganmu. 
PERGINYA PEJUANG AGAMA...7.5.2015 "jalan lahad datu-sandakan-misi menyampaikan bantuan mangsa kebakaran besama Akhi SABARULLAH.. 
twitter almarhum akhi shazwan
 damailah disana akhi mohd noor shazwan japlus dan akhi sabahrullah


ya allah..ya rahman...ya ghaffar...ya latif

No comments:

Post a Comment